Artis / Selebriti
” Dok pikir budak perempuan mana la berlari dengan anak Rita, rupanya mummy depa weh.. ” – Komen Netizen

Muatnaik video-video bersama anak-anak di sawah padi, perkongsian oleh Rita Rudaini raih perhatian warganet. Wah gempak lah video, dah macam tengok trailer cerita Hindustan. Sweet betul cara Rayyan dan Arjuna layan Rita..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Rita Rudaini, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Rita bersama duanya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sedang bercuti di sebuah bandar kecil di Selangor iaitu, Sekinchan.
Menerusi video-video itu, ketiga-tiga anak-beranak ini menikmati suasana indah di sawah padi dan merakamkan memori menggunakan drone kamera. Bahkan bukan itu sahaja, video-video tersebut menjadi bertambah menarik apabila lagu latar belakangnya adalah lagu Hindustan.
Tulis Rita, dia sangat menyukai kawasan sawah padi di tempat tersebut walaupun di negeri tempat kelahirannya Perlis juga mempunyai sawah pagi. Selain itu, Rita turut memberikan kata-kata istimewa buat dua anaknya dengan mengatakan cita-citanya adalah untuk melihat cita-cita anak-anaknya tercapai.
Perkongsian video-video itu telah menjadi perhatian para peminat Rita. Ada yang mengatakan tersentuh melihat kebahagiaan Rita bersama anak-anaknya. Sehingga kini, video percutian Rita bersama anak-anak menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anak-anak pun layan je yang mommy nak, sweet sangat mommy jadi princess.. Iklan2 kat TV tu takmo ke ambik 3 beranak ni buat commercial.. Nmpk segak 3 beranak ni buat video, seronok tgk.. “
” Dok pkiaq budak perempuan mana la dok berlari sekali dengan anak anak kak rita rupanya mummy depa wehhh yarabbi.. “
” Bahagia sangat Rita dan anak 2.. Tak perlu ada yg ke 4.. Semoga kalian terus menikmati bahagia itu bersama-sama hingga ke akhir hayat.. ”
” Bahagia tenguk 3 beranak ni. Bahagia dgn Cara mereka. Moga anak² ingat jasa ibu mereka yg bersusah payah membesarkn mereka sorang².. “
” Dalam ramai ramai artis pegang status ibu tunggal dan ditinggal, RR paling sis salute.. Focus besarkan anak, tak kecah nak duk cari pengganti.. “
” Pakai sari nanti rare, view sawah padi.. Tetibe rasa nak tgk cite yg rita jd K apa tajuk da lupa. Lagu ost opening “ratapan naluri… The best drama evahh… “
” Saya tetiber sebak nih bila tengok kamu ber3. Semoga Allah sntiasa beri kebahagiaan buat kamu sis Rita dan anak-anak.. “
Bestnya tengok percutian Rita bersama anak-anak. Rekod video pula ala-ala Hindustan. Seronok Rita dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Rayyan dan Arjuna pun sporting sahaja melayan mummy mereka. Semoga Rita dan anak-anak bahagia selalu selamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ritrud727
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin