Connect with us

Artis / Selebriti

” Hadiah hari jadi daripada adik saya, baby. Siap dia tulis surat lagi.. ” – Bell Ngasri

Bell Ngasri Kongsi Hadiah Dan Surat Yang Diberikan Oleh Adik Istimewanya, Baby Sempena Hari Lahir Bell. Alahai Sweetnya Baby Ni, Tak Lupa Pada Abang Kesayangan. Part Surat Tu Rare Sungguh, Bell Pun Tak Tahu Nak Baca Macam Mana, Hehe !!

Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah pun dimuatnaik satu video yang menunjukkan hadiah yang Bell terima sempena ulangtahun kelahirannya daripada adiknya, Baby. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Baby adalah anak istimewa.

Cerita Bell, Baby memberikannya seutus surat dan lukisan. Kandungan surat itu pula semuanya ditulis huruf B. Seloroh Bell, tidak diketahui apakah Baby ingin menulis Bell atau Barkoba kerana terlalu banyak huruf B itu. Tulisan nya juga nampak berseni.

Sambung Bell lagi, jika diberi pada pakar penulisan pun, jenuh hendak ditafsir penulisan tersebut. Sudah seperti tulisan zaman Romawi Kuno. Apa-apa pun, Bell berterima kasih kepada Baby kerana memberikan hadiah itu. Lukisan pun cantik dan berwarna-warni.

Bell turut mengatakan baby adalah anak syurga dan Bell juga turut tag akaun Instagram ahli keluarganya yang lain. Baby memang anak yang istimewa dan menjadi penyeri dalam keluarga besar Bell. Paparan gambar throwback Baby juga turut disertakan dalam video ini.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Love baby.. MasyaAllah cantiknyaa lukisan & tulisan Baby. Special utk abg yg dikasihi. Semoga jd asbab mengalir rezeki dan pahala berterusan utk Bell sekeluarga dan into jannah sekeluarga juga.. ”

” B tu Insya-Allah simbolik dia sayang abangnya sangat-sangat, sampai syurga doa dan kasih sayangnya dibawa untuk abang Bell nya.. ”

” Sanah Helwah.. pernah tgk baby ni berlakon masyaAllah pandai sangat walau dia special. Allah bagi dia bjiak sgt berlakon mcm adk beradek dia juga.. ”

” Sweetnya baby.. happy birthday barkoba.. moga kejayaan terus mengiringi bell.. terus merendah diri spt skrg.. ”

” Ambik masa lama pakar penulisan nak tafsir kan tulisan tu… tapi kalau sis tafsir senang jer.. ” moga abang terus cemerlang dlm hidup. Diberi kesihatan yang baik Dan moga abang terus jadi abang yg baik utk saya. Disayangi oleh semua orang. Sekian Terima kasih “.. ”

” Anak syurga. moga dpt bantu adik beradik di akhirat nanti. Happy Birthday Bell, doa yg baik2 utk awak.. Aamin.. ”

” Cantik lukisan dia. Baby yg istimewa. Setiap org mesti ada kelebih tersendiri. Happy birthday Baby cantik manis.. ”

” This is so sweet and thoughtful. Sentiasa ingat pada abg dia. Happy Birthday Bell.. Hati mereka sgt bersih. Anak syurga.. ”

Hadiah yang ikhlas dan tulus daripada seorang adik untuk abangnya, walau pun hanya huruf B cukup bermakna buat Bell dan boleh frame sebagai kenangan. Apa-apa pun, semoga baby selalu dalam lindungan Allah dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT