Artis / Selebriti
” Kalau dah anak pelakon.. ” – Noor Nabila

Video Gelagat Jebat Jayden Bercakap Loghat Sabah Dengan Ibunya, Noor Nabila Buat Ramai Terhibur. Amboi Jebat, Pandainya Cakap Sabah. Sampai Mummy Pun Tahan Gelak Dengar, Hehe !!
Bagi yang suka mengikuti pelakon Sharnaaz Ahmad mahupun bekas isterinya, Noor Nabila pasti mengetahui mereka berdua sering berkongsi perkembangan anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden untuk tatapan umum. Untuk rekod, Jebat sekarang sudah berusia 5 tahun.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Nabila, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Jebat bercakap loghat Sabah. Menerusi video itu, Jebat sedang berada di dalam kereta bersama Nabila dan mereka berbual bersama serta video tersebut direkod sendiri oleh Nabila.
Nabila bertanya kepada Jebat adakah dia tidak takut untuk menonton filem H4ntu Kak Limah. Jebat menjawab dengan bercakap loghat Sabah mengatakan cerita itu sebenarnya lucu. Mendengar Jebat bercakap loghat Sabah, Nabila sekali lagi bertanya Jebat adakah Jebat berasal dari Sabah.
Tulis Nabila pada video tersebut dengan mengatakan ‘ Kalau dah anak pelakon’ kepada Jebat . Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima ratusan komen serta belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Nabila dan meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Jebat. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandai Jebat Jayden letak BAH tu.. Ahamdulillah semoga Jebat menjadi anak soleh dan membahagiakan ibubapa.. “
” Awat hang cerdik sgt anak oiii aunty geram jak tgk hang.. Lucu ba ito… Ito hantu kak limah ba.. Hahahaha akai panjang budak ni.. “
” Mmg bakal pelakon hebat Jebat.. Bakal kalahkan kehebatan lakonan babah nya dlm polis evo.. Anak yg sentiasa menghiburkan menyenagkan hati semua org.. “
” Lulus suda sabahan Jayden, haahahaahaa.. Kita yang dengar pun mengekek gelak.. Ada sahaja dia buat perangai lawak dia.. “
” Comel btul. Ni mesti terikut2 cousin sabahan dia kannn.. Comel btul. Ni mesti terikut2 cousin sabahan dia kannn.. “
” Dia nak Penang jugak tu, hahahaha tak pernah tinggal lah Penang dia.. Jebat ni memang slalu menceriakan orang betul.. “
” Dia videocall dengan cousin Sabahan tu hari2 ke sampai boleh dialek Sabah lancar mcm ni, hahahahaha.. Comel pula dengar.. “
Alahai Jebat, cakap loghat Penang tahu, loghat Kelantan pun tahu. Tak sangka loghat Sabah pun Jebat boleh cakap juga. Pekat juga loghat Sabah Jebat tu, terbaik lah. Apa-apa pun, semoga Jebat membesar menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG noornabila, jebatjayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 week ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Ingat Kak Lina je masuk air, Aqish pun 2 kali 5 rupanya, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sed1h pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Baca kapsyen Makder pun dah menitik air mata. Makder lebih kenal Raissuddin.. ” – Netizen