Artis / Selebriti
” Haa ambik Kak Erma, kan dah mendapat. Ni betul-betul bertemu buku dengan ruas, haha.. ” – Komen Netizen
Video Erma Fatima kena bebel dengan ibunya, Cik Semah buat ramai terhibur. Terus diam Erma kena bebel dengan mak. Mengekek Datin Umie Aida gelak sebab seronok tengok kakak kena bebel, hehe..
Bagi yang mengikuti keluarga pelakon, Umie Aida, Erma Fatima dan Betty Rahmad, pasti mengetahui yang mereka sering berkongsi video telatah ibu mereka, iaitu Puan Asmah Mohd Ali atau lebih mesra disapa Cik Semah. Boleh dikatakan, semua video Cik Semah akan membuat ramai tak kering gusi ketawa kerana terhibur dengan telatahnya ketika bercakap.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Umie Aida, telah dikongsikan video yang memaparkan Erma bersama ibu mereka. Menerusi video itu, Cik Semah sedang membebel kepada Erma Fatima kerana tidak tahu menganyam ketupat. Kata Cik Semah, meskipun sudah banyak kali dia mengajar Erma, masih tidak lagi pandai.
Tambah Cik Semah lagi, tanpa dirinya, anak-anak tidak akan makan kerana dia yang memasak untuk anak-anaknya. Reaksi Erma ketika kena bebel mencuit hati ramai kerana Erma langsung tidak lawan apa yang dikatakan oleh ibunya itu. Perkongsian video ini juga telah mengundang tawa warganet.

Usik warganet, hanya Cik Semah sahaja yang boleh memarahi Erma. Sehingga kini, video leteran Cik Semah itu telah ditonton seratus lima puluh ribu tontonan dan ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Bagus Erma, akur sahaja dengan bebelan ibunya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@umieaida_9 😂🤣😂
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Haa, ambik Kak Erma kan dah mendapat. Ni betul-betul bertemu buku dengan ruas, haha.. Kelakar btul tengok dua beranak ni kalau bergaduh, haha.. “
” Seronok betul tgok mak semah bebel.. Tumpang gmbira sbb tringat arwah mak sy.. Video mak semah mengubati rindu saya dekat arwah mak.. “
” Saya pun bahalol jgk. Dr kecik sampai la arwah mak dh takde tak reti2 anyam ketupat. Kesian arwah sorang menganyam beratus2 ketul ketupat. Arwah ayah pun join menganyam tp BKN ketupat, buat burung.. “
” Hahaha .. Erma kena marah.. Selalu dia marah orang… Ngan mak semah dia kalah… Umie lak main peranan tambah minyak dengan gelak dia tu.. Hah betul …. Dia tu.. Love mak semah.. “
” Ya Allah, asean parent sgt ayat mak semah ni, mmg perli tapi dengar tu boleh ketawa.. Muka redha Erma paling kelakar, kena dengar mak bebel.. “
” Rasanye mak semah je blh marah kaw2 kak erma.. Pengarah tersohor tu.. Terus kumpaw spn mak semah, hahahahaa.. Lawak2.. “
” Sebijik macam mak aku dia punya ayat kadang2 dah berhenti setengah jam ehhh boleh plk dia sambung bebel lgi.. Bertabah lah kak Erma yer, hehe.. “
Tak kering gusi melihat reaksi Erma mendengar leteran Cik Semah. Datin Umie pun seronok dapat melihat kakaknya kena bebel dengan ibu mereka. Apa-apa pun, semoga lebih banyak lagi perkongsian mengenai Cik Semah selepas ini yang akan membuatkan kita terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok umieaida_9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

