Artis / Selebriti
” Gugur jantung YB Syed bila tengok Bella pengsan, cuak betul nampak.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah prank YB Syed Saddiq sempena hari lahirnya raih perhatian ramai. Cuak sungguh muka YB Syed bila tengok Bella tiba-tiba jatuh dan pengsan. Part last tu sweet sangat, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik akaun nama menantunyapakmansur dan stylefashionpv, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sedang menjalankan shooting baju kurung serta baju Melayu bersama-sama.
Namun apa yang menarik adalah Bella telah membuat prank kepada YB Saddiq dengan berpura-pura pengsan ketika shooting sedang dijalankan. Hal ini dilakukan oleh Bella adalah kerana untuk membuat kejutan sempena hari lahir YB Syed.
Jelas kelihatan reaksi YB Syed yang begitu cuak melihat keadaan Bella yang tiba-tiba sahaja pengsan. Selepas kejadian itu, kelihatan ada beberapa orang datang membawa kek dan belon serta mereka beramai-ramai menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ kepada YB Syed.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat keserasian antara Bella dan YB Syed. Sehingga kini, video Bella membuat kejutan kepada YB Syed ini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@menantunyapakmansur
@stylefashionpv YB paling panic masa Bella pengsan. Habis basah baju shooting @primavalet 😆
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Gugur jantung YB bila tengok Bella pengsan, cuak betul nampak.. Sweet lah Bella.. Banyak2 kawan laki yang Bella rapat, rasanya YB Syed ni lah paling padan tau dengan Bella.. “
” Dorang ni buat aku hari2 tggu video dorang tau.. Blushing aku tengok Bella punya surprise untuk Syed Saddiq, hehe.. Mana tahu kan ada jodoh dorang.. “
” Sampai ke sini aku.. Moga berjodohan budak dua orang ni.. Aduh tengok sepadan betul.. Kita suka, kita suka tau, hehee.. “
“Hehehehe.. Byk kli tgk.. Bru perasan air kna muka yb.. Smga bjodoh.. Suka tgk.. Muka pun macam ada iras, orang cakap ada iras ni jodoh kuat.. “
” Sweett sangattt lah tengok.. Nampak sepadan betul Bella dengan Syed Saddiq.. Kalau jodoh betul, memang bagai pinang dibelah dua.. “
” Manis dia sampai boleh potong kaki.. Untung lah yb syed kalau dapat bella.. Bella ni lemah lembut orangnya, sesuai sgt dengan yb.. “
” Penat la asik nk like vd dorg ni, hehe.. Pls la bjodoh.. YB ada girlprend dok.. Klau takdk yg ni kira ON la yb padan comel.. “
Risau sungguh YB Syed apabila melihat Bella tiba-tiba jatuh dan pengsan. Namun setelah mengetahui Bella hanya prank sahaja, terus YB Syed tersenyum manis. Sementara itu, ramai yang mendoakan agar Bella dan YB Syed ini berjodohan di ruangan komen. Apa-apa pun, kalau ada jodoh pastinya tidak akan ke mana.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok menantunyapakmansur, stylefashionnpv
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

