Artis / Selebriti
” Geramnya aku dengan Tok Red ni. Dia punya angau sampai tak boleh bincang, haha.. ” – Komen Netizen

Video respon Adira Suhaimi ketika Dato’ Red bercerita mengenai pertemuannya dengan Erra Fazira buat ramai terhibur. Amboi Tok Red, nampak angau teruk sangat ni. Tak sangka macam tu je respon Adira, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik putehhhx, telah dikongsikan video live terbaru Adira bersama bekas suaminya, Dato’ Red. Menerusi video tersebut, Dato’ Red atau mesra dengan panggilan Tok Red tak berhenti-henti berkongsi cerita mengenai pertemuannya bersama Primadona Malaysia, Erra Fazira.
Seloroh Tok Red seminggu ini dia akan berkongsi banyak cerita lagi mengenai detik pertemuan bersama Erra. Ketika Adira membaca komen-komen warganet ketika sedang live, Adira mula perasan ramai yang menyakat dengan memberi komen ‘Erra cakap Dato’ Red herlok’.
Kata Adira, kali ini dia memberikan peluang kepada Dato’ Red untuk menikmati keterujaannya setelah dapat berjumpa dengan pelakon pujaan hatinya sambil menyakat Tok Red yang kelihatan seperti sedang angau. Bukan itu sahaja, Adira juga sempat menyanyikan beberapa baris lirik lagu nyanyian Erra kepada Tok Red.
Difahamkan Tok Red dijemput ke sebuah rancangan Borak Bibir Merah yang mana Erra menjadi pengacara rancangan tersebut. Namun siapa sangka ketika pertemuan itu, Tok Red mendapat pujian ‘herlok’ daripada Erra sehingga membuatkan Tok Red begitu seronok.
Tonton video di bawah ini :
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredadira #abgredadira
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah Adira dan Dato’ Red. Antara komen-komen warganet adalah :
” Helok Dato Red ni rupenyer.. Ishhh… Geramnya aku dgn tok ni.. Dia punya angau smpai tak boleh bincang, hahaha.. “
” Halaa halaa.. Aku mcm sekel je tok ni.. Klu ami di merentan. Tokred, nikmatnya dpt bini mcm Ami… Jaga Ami sebaiknya.. “
” Helok tok red nie hahahahaa lpas nie tok red nyanyi lagu erra je la… Tgh di awan awangan nie… Angau teruk sangat, hahahaa.. “
” Heellok Dato Red ni rupanya punya laa dia happy.. Mau sampai semingu ni.. Asyik cita Erra pajira ja la.. Sabar jelah.. “
” Tok kau tggu jap.. Nti jangan meroyan yer pas tengok Ami pula dengan Fattah, hahahaa.. jangan bising-bising tau, hahaha kam tak nak dengar.. “
” Jgn mcm² tokk.. Kita tggu turn Ami pulak…. FansAmii hashtag pigidahtokkkk hahahahahahhahahaa..Tunggu tauuu Tok.. “
” Oooo kalau dia takpaa… Kalau Adira dia pnya jeles tuuuuuuu.. Tok Red jgn lari dari landasan keretapi ke hati ami tauuuuuuu… Ingattttt.. “
Seronok sungguh Dato’ Red dapat bertemu dengan Erra. Nasib lah Adira sporting orangnya melayan sahaja gelagat Dato’ Red yang sedang angau. Selain itu, ada juga peminat meminta agar selepas ini Tok Red tidak ‘meroyan’ jika menonton video photoshoot Adira bersama Fattah Amin, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen