Artis / Selebriti
” Sakit perut saya kak oiii. Dah tahu perangai lawak Tiara tu ikut siapa.. ” – Komen Netizen
Video isteri Achey Bocey, Anne yang meniru video viral di Tiktok buat warganet terhibur. Alahai mama Tiara ni, kuat betul terpengaruh. Muka Anne last tu kelakar, dah gaya beruang kutub. Tepuk dahi Achey tengok, haha..
Semua mengetahui personaliti Achey Bocey yang suka berjenaka tidak hanya di atas pentas tetapi juga dalam kehidupan harian. Selain Achey, anaknya Tiara Zinnirah juga sering membuat aksi kelakar yang kadangkalanya di luar jangkaan dan ianya menggeletek hati ramai.
Rupa-rupanya di sebalik Tiara dan Achey yang kelakar, isteri Achey yang bernama Anne juga boleh tahan lawaknya. Meninjau entry di akaun Tiktok Anne Achey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Anne sedang menonton satu video viral di Tiktok ketika berada di dalam kereta bersama Achey.
Anne menonton video itu dengan penuh minat dan bertanyakan kepada Achey adakah benar jika minyak kenderaan habis, kita boleh meniup tangki minyak supaya kenderaan boleh bergerak. Kata Achey, kaedah itu betul tetapi hanya boleh digunapakai untuk motor sahaja.

Anne cuba meniru aksi tersebut dengan meniup lubang tangki minyak keretanya. Apa lagi, tepuk dahi Achey melihat aksi Anne. Ini betul-betul terpengaruh, sampai comot di sekeliling mulut Anne dengan kotoran berwarna hitam seakan-akan minyak. Mula lah Anne rasa melayang gara-gara terhidu bau minyak.
Jom tonton video di bawah :
@anne_achey21 Terpengaruh…. @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG @POKTEH_racing
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless Loop)(1441322) – Ponetto
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dah tahu da Tiara menurun perangai siapa haha.. Tengok Anne nampak Tiara.. spesen perangai anak dengan mak.. “
” Patut ler Tiara jadi random gitu haha.. igt tiara je pandai buat lawakk… mama dia pon bole tahan.. anne lucu lah, dah macam beruang kutub comot muka camtu haha.. “
” Dah tahu Tiara ambik mana perangai camtu.. gelak guling-guling tengok kak anne.. aduh hilang stress aku … ulang2 tengok masih aku tergelak.. “
” Buat hal la mama Tiara ni haha.. keras perut tgk gelagat mereka berdua berkonten.. random betul ye haha.. “
” Aduh hilang stress aku.. ulang banyak kali pun masih aku tergelak. Gelak kuat aku bila kak anne cakap melayang.. “
” Kenape la Maharaja lawak tak pilih kak.. sakit perut saya kak oiii.. dah tahu perangai lawak Tiara tu ikut siapa.. “
” Bini pun masuk air, buat hal ek Anne. aku xrasa lah tiara ikut perangai mak dia, mak dia yang terikut2 perangai tiara ni.. “
Mama Tiara ni memang lawak lah, kan dah rasa melayang-layang gara-gara hidu bau minyak petrol. Muka comot dengan minyak Anne mencuit hati ramai. Selawak lawak Achey, lagi masuk air Anne rupanya. Apa-apa pun, semoga Anne dan Achey berbahagia bersama Tiara dan ceria-ceria selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Achey, IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

