Artis / Selebriti
” Tuley tuley, comel sangat Rina sebut tu. Geram dengar.. ” – Komen Netizen

Video anak Maryam You Narae, Rina menyebut perkataan dalam loghat Kelantan ketika sedang makan Janchiguksu buat ramai terhibur. Alolo comelnya Rina sebut perkataan tulang tu, tergelak Maryam dengar..
Pasangan youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae dikenali ramai kerana content menarik yang selalu mereka kongsikan. Bilangan followers Ryzal dan Maryam juga semakin bertambah semenjak kehadiran anak mereka, Nik You Rina. Untuk makluman semua, Rina telah pun berusia 3 tahun dan petah bercakap.
Tidak hanya diajar untuk bercakap dalam bahasa Korea, Rina juga boleh bercakap dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan loghat Kelantan. Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Duriankimchijunior, telah dimuatnaik satu video terbaru Rina sedang makan.
Rina memulai video tersebut dengan memberitahu nama makanannya iaitu Janchiguksu. Setiap kali video Rina makan dikongsikan, Rina pasti akan membuatkan orang yang menonton terliur. Ini kerana cara Rina menikmati semua makanan yang disediakan oleh Maryam dengan penuh berselera.
Menerusi video ini, percakapan Rina menyebut perkataan tulang dalam loghat Kelantan meraih perhatian warganet. Comel sungguh mendengar sebutan Rina itu, tidak pelat dan jelas sebutannya. Beberapa kali juga Rina mengulangi perkataan tulang itu sehinggakan Maryam juga tergelak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tuleyy haha.. Dia cakap semua dialek kl, kelantan, korea, english dan melayu bahasa buku. Terbaik rina.. “
” Pandai menikmati makanan. Mesti mama Nye masak sgt sedap…Terliur Acik tengok.. Semoga Rina sihat2 waalfiat. Aamiin3 YRA.. “
” Mukbang rina, tak pernah tak buat auntie terliur. Rina dengan tuley tak dapat dipisahkan haha.. cute je Rina cakap tuley tu.. anok kelate lah rina.. “
” Tuley tuley, haha comel sangat Rina sebut tu. geram dengar dia cakap tu.. mek kelate ni, semua bahasa dia tapau.. “
” Ado tuley sajo haha.. cute sangat lah Rina ni. cerdik banyak bahasa rina boleh cakap.. pandai maryam dan ryzal ajar rina.. “
” Gapo dio rina, tuley? haha pandai dio kecek klatey.. ekpresi muka masa sebut tuley tu comel betul.. “
” Tuley ke Rina.. aloh kecek kelate, comey. tuley tuley… rina confuse mushroom dengan tulang ye.. comel rina sebut tuley tuley tu.. orang kelate korea ni.. “
Alahai berselera sungguh Rina menikmati makanan yang disediakan oleh Ommanya. Beruntung anak hasil daripada kahwin campur seperti Rina yang boleh bercakap dah faham pelbagai bahasa dan juga loghat Kelantan. Semoga lebih banyak lagi perkongsian mengenai Rina selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchijunior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen