Artis / Selebriti
” Geram pulak dekat Amir ni. Dia buat dono je kat semua orang, haha.. ” – Netizen
Video Reaksi Amir The Chosen One Ketika Diserbu Oleh Peminat Semasa Sedang Makan Buat Warganet Terhibur. Alahai Selamba Je Muka Amir. Dengan Kepala Letak Atas Meja Dan Korek Gigi Lagi, Alahai Terpaling Humble !!
Bahang populariti adik Amir The Chosen One semakin membara dan menjadi sebutan ramai. Apa sahaja perkongsian mengenai bintang kecil ini mendapat tanda suka yang banyak daripada warganet. Baik di pentas mahu pun ketika berada di luar, Amir menjadi perhatian ramai.
Meninjau akaun Tiktok RayElDan Shop, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amir bersama kawannya, Akim dan guru mereka ketika sedang menjamu selera di sebuah gerai makan. Beberapa orang yang menyedari kehadiran Amir di situ tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Amir.
Seakan tidak mengetahui dirinya sekarang menjadi perbualan ramai dan antara yang popular, reaksi Amir mencuit hati warganet. Reaksi muka Amir membuatkan ramai yang geram. Selamba sahaja Amir meletak kepalanya di atas meja.

Part Amir bergambar bersama peminat juga mencuit hati ramai, siap korek gigi lagi, hehe. Kata salah seorang cikgu Amir, Amir memang begitu perangainya. Bukan somb0ng tetapi mukanya cukup jujur dan tidak ada apa yang hendak Amir sorokkan.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@cik_luvox @Termoj Production …trima ksh ckgu Isa,ckgu Faris hppykan Unuk dan Akim..tak boleh laa dgn budak2 comel nii..😆😆.. korang2..korang tengok nii…bukan main penangan adik Amir ni…bukan budak2 je minat dia,kakak2,abang2,acik2,semua minat yaaa…🥰🥰 #trending #termojproduction #astroceria #TeamAmir #fypシ #amirsisi #18sukukaumorangasli
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kenapa amir macam tak tahu dia femes haha. Adoi anak anak.. dia tak tahu nama dia jadi sebutan di mana-mana.. jujur sangat Amir ni, limited edition.. ”
” Amir oh Amir.. tak tahu dia dah popular sekarang. Selambe je dia, ambik gambar pun sambil mengunyah haha.. sempoi dgn muka selamba bila bergambar… .steady amir… femes ke tak…. aku tetap amir.. ”
” Muke dia selamber jek… hahahaha muke dia muke tak bersalah.. Rilex sangat ni Amir ni. Rilex tu tak boleh bawak bincang haha.. ”
” Amir tak tahu dia popular sekarang, ad0i.. Semua excited jumpa dia.. dia tahu dia menyanyi je.. Tak pe Amir nanti lama-lama faham la tu.. ”
” Amir tak paham ape yang jadi.. muke blur hahah dia boleh letak kepala atas meja hahaha.. spontan betul Amir ni.. ”
” Gelagat Amir selamber, seluar sentingnya, dia tak kisah hehe.. Org nak bergambar Amir buat muka selamba je… Amir.. Amir.. ”
” Tercek1k-cek1k si Amir orang suh nyanyi.. orang tengok syok layan makan keropok haha.. kesian dia.. org nk selfie dengan dia buleh lagi duk cuci gigi .. ”
” Tngok unuk nyanyi live smpai berair mata.. bila tngok video ni jadi ger4m plak kat unuk ni.. dia wat dono je kat semua org.. ”

Alahai Amir, muka tu memang selambe betul. Itu lah realiti sebenar seorang yang bernama Amir, masih lagi menunduk ke bumi. Semoga Amir tetap merendah diri sebegini walaupun sudah popular dan sentiasa mengingati jasa cikgu-cikgu yang berjuang untuk Amir.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok RayElDan Shop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen

