Artis / Selebriti
” Aku sampai lupa lagu asal macam mana, haha. Betul-betul r0sak ni.. ” – Netizen

Namie Kongsi Video Lagu Mashup Nyanyiannya Buat Warganet Terhibur. Fuh Sampai 4 Lagu Kena Rojak Dengan Si Namie. Part Last Paling Win. Dengan Namie Sendiri Pun Confuse, Haha !!
Namie Smy selebriti baru yang semakin mendapat tempat di hati warganet. Selain pelawak, Namie juga bergelar penyanyi dan penyampai radio. Saban hari ada sahaja perkongsian oleh Namie yang membuatkan warganet terhibur menontonnya.
Jika sebelum ini Namie membuat cover lagu Haruman Terindah dan Lelaki Seperti Aku, dan kedua-dua perkongsian itu menggeletek hati warganet. Lirik lagunya ditukar sampai ‘r0sak’ lagu. Kali ini Namie membuat mashup yang lebih menghiburkan.
Meninjau akaun Instagram Namie Smy, satu video telah pun dimuatnaik yang memaparkan Namie menyanyikan lagu yang diberi tajuk ‘ Retak Di Jiwa Hatiku Bukan Mekar Ku Tak Sudi ‘. 4 lagu digabungkan menjadi satu iaitu Retak Hatiku Eyra, Mekar Di Jiwa X-ray, Bukan Ku Tak Sudi Iklim, Ewa Bule Lagu Rakyat Kelate.
Sedap juga mendengar lagu yang ‘dirojak’ oleh Namie ini, lirikny macam kena sahaja dengan muzik. Bukan Namie namanya kalau tidak melawak. Idea kreatif pasti ada sahaja muncul di kepala. Komen warganet, ini mashup paling best yang didengar.
Jom tonton video di bawah :
Hampir 14 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet setelah menonton video ini :
” Haha adoiii lain macam lirik syok sendiri. janji rentak hampir samalah.. macam shamsul ghau ghau.. gabung-gabung lagu.. ”
” Terbaiklah mashup ni.. sampai 3 lagu sekaligus.. keep up namie.. Kreatif betul.. mashup paling best aku rasa namie buat.. ”
” Dikir barat pn masuk skli eh? Btul² rojak ni.. Aku lupa terus lirik asal dia dengaq hang nyanyi.. Telinga aku yang r0sak ke lagu yang r0sak ni haha.. ”
” Amboii ko namie.. rosak lagu tapi terhibur.. Retak Hatiku Eyra, Mekar Di Jiwa X-ray, Bukan Ku Tak Sudi Iklim, Ewa Bule Lagu Rakyat Kelate.. ”
” Aku sampai lupa lagu asal macam mana haha.. mashup dia semua kena dengan lagu, siap 4 lagu dia mashup kan.. padu lah.. ”
” Sedap pulak lagu ni dapat ke dia.. kompius aku dibuatnya.. lantak ko la bang haha.. muka tak bersalah je kan.. ”
” Asal aku yang pen1ng ni haha.. dia pun kompius tapi mantap semuanya masyukkk.. last paling win, wau bule haha.. ”
Entah macam mana lah si Namie ini boleh memikirkan untuk mix 4 lagu ini. Dalam ‘r0sak’ pun tetap seronok warganet melayan nyanyian oleh Namie ini. Selepas ini, entah lagu apa pula lah yang bakal ‘r0sak’ dengan Namie. Apa-apa pun, suara tu memang terbaik lah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Namie Smy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Ingat Kak Lina je masuk air, Aqish pun 2 kali 5 rupanya, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sed1h pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Baca kapsyen Makder pun dah menitik air mata. Makder lebih kenal Raissuddin.. ” – Netizen