Artis / Selebriti
” Dah sedap-sedap layan macha-macha, hujung-hujung ke lain pergi ehhh.. ” – Netizen
Video Namie SMY Menyanyi Lagu Zubir Khan, Yennode Macha Buat Warganet Terhibur. Awal-Awal Tu Syok Dah Layan Namie Menyanyi Lagu Tamil. Tapi Part Last Tu, Aih Habis Semua Naik Geram. Jauh Betul Melencong Tu Namie, Haha !!
Namie SMY antara pelawak muka baru yang semakin meraih perhatian ramai. Bekas guru ini sememangnya seorang yang kelakar dan jenakanya spontan seringkali menggeletek hati warganet yang melihatnya. Namie agak aktif di media sosial dan pengikutnya juga ramai.
Sepanjang Syawal yang lalu menyaksikan Namie membuat mashup sebulan lagu raya. Kesemua lagu yang dipilih oleh Namie pastinya akan dicampurkan dengan lagu lain yang rentaknya hampir sama. Walaupun begitu tetapi pilihan lagu Namie menghiburkan semua.
Meninjau entry terbaru Namie di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan video terbaru nyanyian Namie berjudul Yennode Macha. Lagu ini merupakan dendangan asal Zubir Khan yang dinyanyikan dalam bahasa Tamil. Namie menyanyikan lagu ini dengan baik dan sebutannya juga jelas.

Seperti biasa, pasti akan ada satu lagu lain yang digabungkan dan kali ini lagu JJ bertajuk Joget Angan Tak Sudah nyanyian asal Jay Jay menjadi pilihan. Naik geram warganet kerana kali ini masih digula-gulakan oleh Namie. Part akhir ajak berjoget pula si Namie ini.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@namie_smy Macha macha nee yennode macha🔥 #namiesmy #chegunamie #yennodemacha #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah sodap² layan matcha² ,ujung² ke lain poie ehhh…ayooo aiii.. Hei deyyy .ye na dei .. Amende le. Asik bertukar lirik je. Sarip dol betoi.. ”
” Tengah syok layan tibaaaa.. Astagaaaa, Dek jauh melencong nih.. Punah, slow je dia masuk.. dia suke buat kite terus lupa lagu asal.. ”
” Ingat td dia nak bahasa melayu kan lagu macha. Sekali…. Joget x bertempat.. adoiii… ngam je dgn lagu seterusnye.. ”
” Hareyy Namie.. aku dok pulun goyang kapla sekali kena tukaq tempo berjoget. tapi mmg dah tau dak Namie tu buah last mmg sesat punya la.. ”
” Sedap jgk remix tu.. Blum ada org buat lagi melainkan dia ni. baru semangat nk nyanyi macha² sekali dia suruh joget-joget.. ”
” Ko ni kn asik tersasar dri landasan je haha.. aku yg tak boleh tahan, bila tgk muka dia yg seakan tak bersalah tu… blur blur.. ”
” Aku laa Kan si namieee nihh .. hanger mana hangerrr. muka xbersalahh.. Memang tak ley caye dak namie ni.. Last2 dia ajak berjoget . haha.. ”
Bukan Namie namanya jika tidak membuat mashup mencuit hati seperti ini. Seronok juga warganet mendengar gabungan lagu Yennode macha dan Joget Angan Tak Sudah ini. Warganet boleh melayan sampai akhir video Namie dan turut sama berjoget. Raja mashup lagu lah Namie ni, terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Namie SMY
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti2 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Apa ni pedih, mata masuk habuk. So touching, sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida

