Artis / Selebriti
” Geli hati tengok Cik B ketawa tak ingat dunia macam ni. First time tengok Cik B gelak kuat.. ” – Komen Netizen
Video Cik B menyertai aktiviti paranormal bersama Cik Lan buat warganet terhibur. Berdekah Cik B gelak bila tengok muka Cik Lan, sebijik macam DSV gelak. Tak pernah dengar Cik B gelak macam ni. Kelakar sungguh, haha..
Roslan Shah atau mesra dengan panggilan Cik Lan dikenali dengan video aktiviti paranormal. Selepas Dato’ Seri Vida, kini giliran anak sulung DS Vida pula iaitu Cik B mengikuti aktiviti paranormal bersama Cik Lan. Pelbagai kejadian kelakar terjadi sepanjang video mereka direkodkan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ciklanroslanshah.fans, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Cik B yang mencuit hati. Jarang dapat melihat Cik B ketawa tetapi dalam video ini, ketawa Cik B tak henti-henti kerana geli hati melihat penampilan Cik Lan.
Cik Lan selalu tampil dengan fesyen yang mencuit hati setiap kali membuat aktiviti paranormal. Kali ini, Cik Lan memakai rambut palsu berwarna kuning dan sutnya seperti baju badut sarkas. Cik B tidak dapat menahan gelak melihat Cik Lan. Ketika ditanya oleh Cik Lan adakah Cik Lan tidak handsome, Cik B masih menjaga hati Cik Lan dan menjawab handsome.

Melihat ketawa Cik B itu membuatkan warganet terhibur. Bak komen warganet, ketawa Cik B itu contagious dan saling tak tumpah seperti ketawa DS Vida. Bezanya ketawa Cik B dalam versi yang lebih sopan. Happy betul Cik B bersama ‘ Papa Cik Ley’ nya itu.
Jom tonton video di bawah :
@ciklanroslanshah.fans Keras perut😂😂 #fyp #paranormal #cikbhavoc #masukfyp #masukberandafyp
@ciklanroslanshah.fans Hahahahha handsome…..@cikb_havoc66 @Roslan Shah – Cik Lan #fyp #cikbhavoc #masukfyp #roslanshah
Lebih 40 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” First time tengok cik b gelak kuat macam tu.. Cik B gelak comel plak.. Kalau mama DV gelak seram haha.. “
” Uishh jarang-jarang tengok cikb gelak camni.. Cik b tergelak sgt dlm masa sama tggi adab dia Mnta maaf pdahal cik lan memang pakai yg melawakkan.. “
” Geli hati tengok cik b ketawa besar, seronok tengok.. Siot auto tergelak bila tengok cikb terbahak haha.. The moment cik B terpandang cik lan, dgn spontan dia gelak.. Byk kali ulang and it is sgt genuine.. “
” Bru kli ni tau nmpk cik b gelak sepuas hati tau.. x sangka cik b ni org suka ketawa jarang tgk dia ketawa.. boleh geng ni.. kelakar lah cik b ni.. “
” First tengok cik b gelak macam tu comel.. cik lan selalu kelakar.. gelak cik b ni contagious lah… dgn aku2 sekali ikut gelak.. ikhlas betul la gelak cik b wei hahaha.. “
” Sebijik gelak mama dia. jarang dengar cik b gelak gini.. akhirnyaa ada jgk org buat cikb gelak xingt dunia.. Ciklan berjaya tambat hati cik B.. susah nak tengok cikb gelak hahahaha.. “
” Anak ngan bapak tiri sama2 masuk airrrr haha.. happy ada kluarga cggini haha.. subhanallah.. Tkeluar gelak dato vida di diri cikb hahahahahhahahahahahahha.. “
Ketawa Cik B menceriakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Akhirnya ada orang yang boleh membuat Cik B gelak besar seperti ini. Cik Lan pun satu, dressing ala-ala badut Mc’Donald, mana lah Cik B tak gelak berdekah-dekah. Kelakar sungguh bakal bapa tiri Cik B ni, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Cik lanroslanshah.fans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

