Artis / Selebriti
” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
Video respon anak Datin Almy Nadia, Afina apabila hendak diberikan duit belanja sebanyak RM2 sehari buat ramai terhibur. Macam tu je dia balas kat mummy dia. Sampai terdiam mummy dibuatnya, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Datin Almy Nadia, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak sulung Datin Almy dan Dato’ Fizz Fairuz iaitu Afina telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan di dalam sebuah kedai dan Almy telah bertanya sesuatu mengenai duit belanja Afina.
Menurut Afina, dia memerlukan duit belanja sebanyak RM 15 sehari. Manakala Almy pula berkata ketika zaman dia bersekolah dahulu hanya cukup RM2 sehari. Almy menyatakan dia akan memberikan Afina RM2 sehari sahaja sepertinya dahulu.
Namun Afina tidak bersetuju lalu memberikan respon yang membuatkan ramai terhibur. Pandai Afina membalas ayat ibunya sehingga ibunya tidak jadi memberikan wang sebanyak RM2 sehari. Tak sangka jawapan spontan Afina kelakar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tapi jika diberikan RM2 untuk zaman sekarang ini sememangnya tidak cukup. Mungkin RM2 hanya boleh membeli air sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar jawapan Afina. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Jawapan diaaaa…terus mama x jadi nak bagi 2 ringgit.. Enjoy laaa fasa belemoih ni dikkkk.. jgn besaq cepat sgt.. pandai afina jwb.. “
” Hahaha.. kakakkk. Besaq dah dia.. blh jd best friend mama dia dah.. 2inggit masuk tabung jee. Xdan nak blnja apaa 2026 ni.. “
” Weyhhh dia klakor ek mcm mak pak dia gak comel betol.. Suka macam mama dia. Kakak punyer lawak….dah macam daddy punyer ayat… “
” Lahhhh..anak depa pun sama naik pak lawak…hahah..enjoy je dik,tenang.. Haha menurun eh perangai comel mak dia.. “
” Bila dia ketawa terus muka copy paste mak dia. So cute. pandai dia cakap.. pandai buat lawak.. yihh gerammm ehh masuk air betull.. “
” Cantik ni bila besar nanti.. Kakak ni lawak mcm tok fizz.klu anak i ckp cmni, i pon speechless.. Rm2 ringgit tu kire banyk dh tu .. sya dulu duit belanja 50sen jew kongsi 2orang alhamdulillah… “
” Kami masih bg RM 3 duit sekolah ank.. blh bli 2 mknn.. mknn berat n mknn sampingan.. air masak dh bawak.. Hahahah kelakar weh betul betul gen mak pak dia.. “
Secara tak langsung, kisah anak Almy Nadia ini buat ramai tersenyum dan berfikir. Zaman sekarang memang tak sama macam dulu. RM2 sehari mungkin cukup untuk beli makanan ringan waktu sekolah dulu, tapi sekarang nak beli air pun kadang tak lepas. Apa-apa pun, kejujuran Afina ni memang comel.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Almy Nadia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


