Artis / Selebriti
” Gabungan suara emas Tokti dan Hael ni sumpah meremang. Sedapnya Hajat versi ni.. ” – Komen Netizen
Video DS Siti Nurhaliza dan Hael Husaini berpadu suara mendendangkan lagu Hajat dan Dirgahayu di Konsert The Next Wave Siti Nurhaliza Singapura raih pujian ramai. Fuhhh duet paling power, serasi dan harmoni. Meremang dengar..
Konsert The Next Wave Siti Nurhaliza 2025 bertempat di Stadium Tertutup Singapura telah pun berlangsung semalam. Kedatangan Dato’ Seri Siti Nurhaliza ke kota Singa ini sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai peminat beliau. Suara biduanita negara ini menghiburkan penonton yang hadir.
Selain nyanyian solo, DS Siti juga turut berduet bersama artis jemputannya. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hael Husaini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan duet DS Siti bersama penyanyi dan komposer yang semakin meningkat naik, Hael Husaini.
DS Siti dan Hael berduet menyanyikan beberapa buah lagu antaranya Hajat dan Dirgahayu. Keserasian suara DS Siti dan Hael membuai penonton yang mendengarnya. Seimbang dan harmoni gabungan suara 2 bintang hebat ini dan tidak dijemu ditonton berulang kali.

Ramai yang memuji lagu Hajat versi DS Siti dan Hael ada auranya tersendiri. Alunan suara dan arrangement muzik yang berbeza daripada lagu asal membuatkan ianya sedap didengar. Pandai DS Siti memilih Hael sebagai rakan duetnya, antara rakan duet yang bagus dan penuh dedikasi.
Jom tonton video di bawah :
@haelhusaini Bershinshin kan aku 💍 @Siti Nurhaliza #thenextwavesitinurhaliza2025singapore #sitinurhaliza #hajat
@haelhusaini Dirgahayu selalu @Siti Nurhaliza 🥹🫶🏻 #thenextwavesitinurhaliza2025singapore #sitinurhaliza #dirgahayu
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wow.. best giler… love this version.. merdu sgt, many times ulang dengar.. Congratulations TokTi & Hael. Tak mengecewakan.. “
” Head voice tokti. Harmoni duet abang hael & tokti best.. Serasi betul, best giler tak tahu nak cakap apa.. “
” Ya Tuhannn best duoo kluarkan lagu duet dengan tok ti plishhhhhhh.. Best duet.. gembira sgt dpt dgr live version of hajat.. “
” Sedapnya Hajat versi Hael dan Tokti. awat sedap sangat nii tok ti.. best la plk Versi ni.. duk ulang dekat 100 kali dah ni.. “
” Bestnyerrr… bila lagu ni jd versi duet dgn Dato Sri Siti Nurhaliza dgn Heal Husaini.. Menyala gilerrr, meletopppp kebabommm Teruss.. “
” Paduan suara yang meledakk, gabungan yang menyala sedap sangat wei… Hael ni adik kesayangan tokti sangat.. “
” Gabungan suara emas Tokti dan Hael ni sumpah meremang.. Bila dua suara power berduet, gini aa hasilnyer perghhhh.. Padu gila.. Terbaikkkk.. kena buat lagu duet dengan tokti ni.. “
Paduan suara yang memukau penonton di stadium dan juga yang menonton video perkongsian ini. Hael pasangan duet DS Siti yang terbaik dan ramai yang meminta agar Hael akan mencipta lagu duet bersama biduanita ini pada masa akan datang. Apa-apa pun, tahniah DS Siti dan Hael untuk persembahan yang penuh bertenaga ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hael Husaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti6 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti7 days ago” Korang kena tengok macam mana Dato’ Seri Vida terkejut sangat.. ” – Dato’ Fazley

