Artis / Selebriti
” Fuh goosebumps betul dengar suara dua beradik ni. Saling melengkapi, duet terbaik.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video nyanyian duet anak-anaknya, Uwais Alqarni dan Thalita menyanyikan lagu legend, Bee Gees diiringi alunan piano raih pujian ramai. Fuh makin padu duet adik beradik ni, berbakat besar..
Pepatah ada mengatakan manakan tumpah kuahnya kalau tidak ke nasi. Itu lah yang dapat diumpamakan untuk anak-anak Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Uwais Alqarni dan Thalita. Semakin hari, tone suara Thalita dikatakan semakin mirip dengan suara Siti Sarah.
Uwais pula dalam personalitinya yang pendiam, terpendam bakat nyanyian yang tak kurang hebatnya. Uwais memiliki tone suara yang merdu dan hebat bermain alat muzik, antaranya piano dan gitar. Sekali Uwais membuka suara, memang ramai yang terpegun.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video terbaru Uwais dan Thalita. Kali ini abang dan adik ini berduet membawakan lagu lama berjudul Bee Gees. Petikan piano Uwais mengasyikkan dan kedengaran sangat smooth.

Suara Uwais yang garau digabungkan suara gemersik Thalita menghasilkan satu nyanyian yang merdu. Ramai memuji suara paduan Uwais dan Thalita. Tidak kurang juga yang meminta agar Shuib kongsikan versi penuh duet anak-anaknya ini untuk tontonan umum.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suara mereka ngam lah.. wow dah boleh berduet adik beradik ni. dua dua suara sedap dan harmoni.. “
” Bole jdi mcm adikberadik Zain nnty abg dgn adik.. Bee Gees – Too Much Heaven. best la version uwais dgn thalita ni.. please shuib buat official cover dua beradik ni. confirm padu.. “
” Going to be the next BRUNO MARS uwais ni. suara sedap sangat.. buat lagu berduet ni okey.. Can’t wait for a complete version.. “
” Duet terbaik.. bestnya tak puas dengar.. Allah Umma Baarik.Uwais ni halussss . Dia Sgt passionate. sensitive orgnya. Keep it u kiddos.. “
” Anugerah yang Allah titipkan.. Bee Gees owwwwhhh smartt owhhhh.. suruh la diorang duet yang betul betul please.. “
” Lengkap melengkapi. Bee Gees version Uwais Thalita.. Lagu legend Bee Gees ni.. dua beradik ni memang mewarisi bakat seni arwah Siti Sarah dan Shuib sangat.. “
” Fuh goosebump betul dengar suara dua beradik ni. masing-masing ada aura tersendiri. Suara Uwais dan Thalita memang blend. jadi sedap bila dorang berduet macam ni.. “
Paduan suara Uwais dan Thalita yang tidak jemu didengar. Tidak mustahil gabungan dua beradik ini bakal mencipta fenomena mereka tersendiri seandainya diberikan peluang untuk berada di platform yang betul. Apa-apa pun, teruskan menggilap bakat yang Allah kurniakan dan semoga berjaya menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah ke soalan ? Meh nak tengok, jangan-jangan soalan 1 tambah 1.. ” – Shuib Sepahtu

