Connect with us

Artis / Selebriti

” Eh ni pernah viral dulu kan ? MasyaAllah adik Rahman rupanya.. ” – Netizen

Kemerduan Suara Nyanyian Adik Abdur Rahman Bersama Kumpulan In Team Raih Perhatian Ramai. Rupanya Sebelum Ini Memang Pernah Tular Video Adik Rahman Menyanyi Ketika Di Bangku Sekolah !!

Meninjau ke akaun Instagram, beberapa buah video adik Abdur Rahman ketika kumpulan nasyid In Team melawatnya telah dikongsikan. Kumpulan nasyid tersebut telah berkunjung ke rumah keluarga adik Rahman bertujuan untuk menziarahinya setelah 6 anggota keluarganya men1nggal dunia ak1bat kem4langan.

Tambahan pula, adik Rahman merupakan salah seorang peminat kumpulan tersebut. Dengan kehadiran kumpulan ini dapatlah memberikan sedikit kegembiraan buat adik Rahman. Jelas terpancar senyuman di wajah adik Rahman apabila kumpulan ini tiba di rumahnya.

Di kesempatan itu juga, adik Rahman sempat menyanyikan lagu nasyid bersama-sama kumpulan In Team. Kumpulan ini juga menjemput adik Rahman untuk sama-sama hadir ke konsert mereka pada 15 September nanti, namun terpaksa ditolak kerana tarikh tersebut merupakan pembed4han adik lelakinya yang berada di hospital.

Namun tanpa disangka sebenarnya adik Rahman pernah tular sebelum ini dengan videonya sedang menyanyi lagu nasyid bersama rakan-rakannya ketika berada di bangku sekolah. Memang sedap dan merdu suara adik Rahman menyanyi.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara adik Rahman. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Eh ni pernah viral dulu kan ? masyaAllah adik rahman rupanya.. inteam mungkin boleh kolab dengan adik nanti untuk next projek.. “

” MasyaAllah sedapnya suara.. MasyaAllah…. SubhanAllah… Sedap didengar… Best suara.. Allahu Akhbar.. apa tajuk lagu ni.. “

” Masyallah sedap suara dia.. Biasa org pandai ngaji mmg suara sedap ustaz.. sebab video ni sy search lagu ni sunnah org berjuang..  “

” Rse mcm adik ni minat inteam ni.. tgok muka dia mcm teruja. Sedih.. kita yg mngalaminya pun Terasa sngt² nie kan Rahman sendiri…SemOga Rahman kuat hadapi Semua ini.. “

” Segenggam tabah ni deep meaning sgt lirik dia & kena pula dgn situasi adik Rahman. Semoga adik Rahmah kuat menempuh hari yg mendatang insyaAllah .. “

” Masyaallah ikut bahagia tengok org bahagiakan hati org soga pahala berlimpah buat inteam dan buat adik rahman semangat dan kuat allah ada bersama adik Alfateha buat arwah mak dan ayah serta adik adik rahman semoga husnul.khomatimah aamiinn.. aamiinn… “

” Lega tgk adik rahman senyum. Wpon bukan saudara tp rasa amik berat tu ada. Tq Inteam visit adik rahman n update pada kami semua.. “

Walaupun masih berduka namun apabila melihat senyuman di wajah adik Rahman, ia pastinya membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa bersyukur. Semoga segala urusan dipermudahkan buat adik Abdur Rahman dan tabah menghadapi dugaan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Syed, Inteam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT