Artis / Selebriti
” Berbeza gambar tapi tidak dalam kenangan.. ” – Abdur Rahman
Muatnaik gambar raya terbaru dan gambar kenangan bersama ahli keluarga yang telah pergi buat selamanya, perkongsin Abdur Rahman menyentuh hati ramai. Alahai sebaknya..
Pastinya ramai yang masih ingat dengan kemalangan yang di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan yang telah mengorbankan enam sekeluarga. Dalam kemalangan tersebut, hanya seorang sahaja yang terselamat iaitu Abdullah atau mesra dipanggil Du’o.
Anak sulung keluarga ini iaitu Abdur Rahman tidak mengikuti keluarganya pada ketika itu. Kini tinggallah mereka berdua beradik menjalani kehidupan tanpa ibu bapa dan adik beradik yang lain. Menerusi akaun Instagram, Rahman telah berkongsi gambar hari raya Aidilfitri tahun ini bersama adiknya, Du’o.
Sudah dua tahun Rahman dan Du’o menyambut hari raya berdua. Perasaan rindu akan ahli keluarganya yang telah pergi tidak pernah padam. Gambar terakhir sambutan Aidilfitri Rahman dan ahli keluarganya merupakan satu kenangan yang tidak pernah dilupakan.

Perkongsian Rahman ini telah menerima lebih 150 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menurut Rahman, pada tahun ini Rahman dan Du’o menyambut hari raya Aidilfitri di Muar, Johor bersama sanak saudara.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang berasa tersentuh dengan posting Rahman ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Teruskan melangkah, jadilah yg terbaik wpun tanpa mereka.. insya Allah nnt akan bersatu d alam abadi.. Jrg2 nak comment tp post ni paling menyentuh hati .. “
” Alfatihah..Makcik doakan korg berdua terus kuat & menjadi insan berjaya dunia akhirat.. Selama hari raya maaf zahir dan batin buat anak Rahman dgn Dollah. Anak yg kuat.. “
” Selamat hari raya dik..semoga awak dan saudara sorang lagi di beri ketabahan dlm menempuh ujian mndatang.. Salam takziah smga arwah tenang dkt sne AL Fatihah.. “
” Semoga Allah gantikan kesedihan yang x mungkin akan terubat ini dgn Syurga buat kalian sekeluarga.. semoga adik rahman terus tabah dgn ujian hidup . perjalanan adik masih panjang .. “
” Ansome dah si Raman nie… Hehe.. Semoga adik2 dalam rahmat dan lindungan Allah.. Aamiin Ya Rabb.. semoga Allah merahmati Rahman dan Dollah.. “
” Alhamdulillah..kalian dua beradek nmpk sihat dah tubuh badan tu..moga kalian berdua teris kuat tanpa ibu ayah dan adik2… “
” Tgk gmbr first mula2 cam knpa lah letak lagu mcm gini .. swipe lgi lgi dan tanpa sedar keluar air mata.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN .. semoga dipermudakan urusan awk dua beradik.. “
Merindui pada yang telah tiada merupakan rindu yang paling sakit dan tiada penghujungnya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Rahman dan Du’o terus tabah menjalani kehidupan berdua dan dipermudahkan segala urusan mereka. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rahmanlah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

