Artis / Selebriti
” Dia punya ‘spill the tea’ sampai tumpah habis.Β Bertuah punya adik, memang tak boleh simpan rahsia.. ” – Komen Netizen

Video Irfan Haris kongsi cerita apa yang berlaku ketika Fattah Amin datang beraya di Johor tempoh hari buat ramai teruja. Wah, habis semua rahsia diceritakannya. Pasal sambal udang, baju sedondon dan trend Velocity pun ada. Memang kantoi habis ni, hehe..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Famiracle, perkongsian sebuah video sedutan sesi live Irfan Haris bercerita tentang kedatangan Fattah Amin beraya di Johor telah meraih perhatian ramai. Umum mengetahui yang Irfan merupakan adik kepada penyanyi, Amira Othman.
Baru-baru ini Fattah telah pergi berkunjung ke rumah keluarga Amira yang terletak di Johor. Pada awalnya, Irfan tidak mengetahui akan kedatangan Fattah ke sana. Namun apabila melihat ibunya menyediakan juadah yang banyak terutamanya sambal udang yang merupakan kegemaran Fattah Amin, baru lah Irfan mengetahuinya.
Irfan berkongsi bagaimana mereka boleh berpakaian sedondon iaitu berwarna grey dan juga ketika mereka merakamkan video trend tiktok Velocity. Segalanya dikongsikan oleh Irfan dengan penuh bersemangat dan teruja. Kita yang mendengar pun boleh tersenyum sendiri.
Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menurut Irfan, video trend Velocity itu telah dirakamkan sebanyak dua kali dan video yang telah viral itu dimuatnaik atas persetujuan Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah :
@famiracle Irfan ckp cerita sini habis sini tapi sori Irfanharis larangan adalah arahanπ #famiracle #fattahamin #amiraothman
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Baguslah ada Irfan ni.. tak payah kita cari reporter. Maap shakap, anak bongsu memang selalu TEROVERSHARED Hahahaha.. “
” Bahaya budak ni.. takde cut cut semua dia citer.. Irfan akk ko bila nk kawen dgn abg long, nanti citer yea, kiteorg malas nk tunggu wartawan umumkan.. “
” Dia ni sbnrnya yg crush abg long.. Dia yg tlebih excited, tlebih blushing.. Kalau BAS kita ada space dollah. Sini kota ada irfan harris spill the tea.. “
” Takkk sekarang ni macam dia pulak bercinta dgn abglong. excited nawww.. dah sudah, aku pun senyum sorgΒ² dengar cerita Irfan.. “
” Bahaya Ipan ni. Lagi lama, banyak rahsia Kak Ya terbuka nanti .. Comey la budak ni. Aku xprnh tgok vd org smpai hbis. Tpi utk ipan aku sanggup je tgok vd smpai hbis.. “
” Ptt la dia org last tau abg long nk dtg umah..kalo ckp awl, lg awl la rahsia pecah.. dy punya bercerita detail mcm kita ada dkt tempat kejadian. nmpk segalanya.. “
” Dia punya “spill the tea” sampai tumpah habisΒ bertuah punya adik, mmg xboleh simpan rahsia lgsung..Β Mak Amira/Irfan masak lauk feveret Fattah – Sambal udang. Untung laaa.. “
Wah, nampaknya hubungan Abang Long dan Kak Long ini bukan biasa-biasa. Pastinya ramai menantikan Irfan membuka cerita tentang langkah seterusnya mungkin tarikh perkahwinan pula kan. Bak kata pepatah, kalau ada jodoh pasti tidak akan ke mana. Kita doakan yang baik-baik sahaja.
Silakan SHARE..
Sumber : TT Famiracle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen