Artis / Selebriti
” Berisi dah nampaknya Dollah, penuh pipi. Ingat Rahman tadi.. ” – Netizen

Video Terbaru Dollah Terima Hadiah Sempena Hari Lahirnya Buat Warganet Terhibur. Wah Makin Sihat Dan Berisi Dollah Sekarang. Part Ucapan Terima Kasih Dollah Untuk Semua Tu Lawak . Senang Betul Kerja Dollah. Copy Paste Sebijik-Sebijik, Haha !!
Nama Abdullah atau Dollah mula menjadi sebutan setelah pemergian 6 ahli keluarganya dalam satu kemalangan yang meragut nyawa ibu, bapa dan adik beradiknya. Hanya tinggal Dollah dan abangnya, Abdur Rahman untuk meneruskan kehidupan.
Dollah tinggal bersama ibu saudaranya yang menggelarkan diri sebagai Mak Ila. Banyak video Dollah yang dikongsikan oleh Mak Ila. Meninjau entry terbaru Mak Ila di akaun Tiktoknya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan keadaan Dollah terkini.
Dollah sekarang sudah banyak berbeza dengan Dollah selepas kemalangan tahun lalu. Warganet juga ramai yang menyedari Dollah semakin berisi berbanding sebelum ini. Menerusi video ini, Dollah menerima banyak kiriman hadiah dan makanan daripada pengikutnya.
Mak Ila menyuruh Dollah memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang memberi hadiah untuk Dollah. Ucapan Dollah menggeletek hati warganet kerana Dollah copy and paste sahaja ayat Mak Ila dan hanya menukar nama pengirim sahaja pada awal ucapan.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@rahilanoor85 Alhamdulillahβ¦ terima kasih kepada semua yg menjykan majlis duβoπ€²π»π₯°
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet:
” Ya Allah, sihat dah Duo.. Ingatkan Rahman tadi.. Dah berisi, penuh pipinya.. Alhamdulillah sihat-sihat selalu ye Duo.. ”
” Betul-betul… berisi sungguh dollah leni.. macam rahman.. semoga kedua-dua anak yatim ini dimurahkan rezeki dunia akhirat.. ”
” Alhamdulillah Dollah dah berisi sehat sangat-sangat.. Ingatkan Rahman, dah sado duo.. happy birthday duo.. ”
” Laa Dollah, hampir tak kenal tadi.. Awak dah berisi la dik.. bila berisi makin kacak Duo.. Alhamdulillah SELAMAT HARI LAHIR BUAT Dollah… semoga yg baik2 untuk Dollah dan Abng Rahman.. sentiasa dlm jagaan Allah swt.. ”
” Selamat hari Lahir dollah, alhamdulillah nampak dollah berisi syukur .. banyaknya hadiah dia, murah rezeki Duo.. ”
” Lama tak fyp video ptt duo.. berisi dh nampaknya.. ingat aman tadi.. hepy birthday duoo. makin comel plak dia.. moga terus sihat membesar ye.. ”
” Alhamdulillah . sihat dengan jayanya duo sekarang.. banyaknya surprise dia .. rezeki duo dan keluarga.. ”
Alhamdulillah Allah turunkan rezeki kepada Dollah melalui insan-insan yang menyayangi anak yatim piatu ini. Seronok warganet melihat Dollah semakin sihat dan berisi. Apa-apa pun, selamat hari lahir Dollah dan semoga semua impian Dollah dimakbulkan oleh Allah.
Silakan SHARE..
Sumber :Β Tiktok Mak Ila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen