Artis / Selebriti
” Berkaca-kaca mata dia menahan sebak. Dollah ingat apa yang ibu dia cakap.. ” – Komen Netizen

Video Temubual Adik Abdur Rahman, Abdullah Dalam Sebuah Podcast Raih Perhatian Warganet. Part Dollah Bercerita Tentang Permintaan Arwah Ibunya Menyentuh Hati Ramai. Dollah Sudah Penuhi Permintaan Arwah Ibu, Anak Soleh Ibu !!
Pastinya warganet masih lagi mengingati tragedi kemalangan yang melibatkan kematian 6 sekeluarga di Segamat sekitar bulan pada bulan September tahun lalu. Hanya seorang sahaja yang terselamat dalam insiden itu iaitu Abdullah dan Abdullah mengalami kecederaan parah dan koma.
Namun kuasa Allah, Abdullah perlahan-lahan beransur pulih dan kini setelah setahun, Abdullah sudah menjalani kehidupan seperti biasa. Abdullah atau mesra dengan sapaan Dollah sekarang meneruskan pengajiannya di Madrasah Tahfiz Al-Quran At Tanwiriah, Muar.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Tanwiriah Channel, telah dikongsikan sedutan video podcast yang menampilkan Dollah sebagai tetamunya. Host podcast bertanyakan kepada Dollah berkenaan sejarah persekolahan Dollah bermula dari sekolah rendah sehingga lah sekarang.
Dollah berkongsi cerita, arwah ibunya yang menyuruh Dollah untuk bersekolah di sekolah tahfiz. Walaupun pada ketika itu Dollah meluahkan hasrat untuk ke sekolah menengah kebangsaan, namun arwah ibunya tetap mahu kan Dollah untuk mendalami ilmu al-quran dan menjadi seorang hafiz.
Jom tonton video di bawah :
@tanwiriahchannel Replying to @czaliati Alhamdulillah Dollah Semakin Ceria 🤲🏽🤲🏽🤲🏽#tahfiz #abdullah #adikrahman #fyp @🫶🏻Mak Ila🫶🏻 @abdullah @KamalNizam @mala.ali874 @Dzulhafeez @deejay_ajiz @attanwiriah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka dariapada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bila berisi nmpk muka mcm abg rahman.Alhamdulillah moga dolah bjaya mjadi hafiz,bjaya dunia akhirat. Aamiin yra.. “
” Bila saya tgok Dollah terbayang lg kejadian excident family Dollah depan mata saya.. semoga dollah berjaya dunia akhirat.. “
” Kuasa Allah.. hebat… daripada koma 50,50… alhamdulillah sihat walafiat kau nakkk.. bila anak ikut je apa mak hasrat.. anak soleh utk ibu Dan bapanya . aamiin.. “
” Alhamdulilah dollah Dh semakin sihat.. Lama tak tengok dollah.. rindu nak tengok muka dollah.. “
” Sedih tgk airmuka Dollah bila cerita pasal mak ayah.. Allah atur yang terbaik untuk Dollah. Semoga berjaya khatam.. “
” Alhamdulillah.. syukur dgn perkembangan Dollah skrg ni… semoga terus sukses ye Dollah.. Wajah Dollah dah hampir sama dgn Rahman.. ni anak2 rakyat Malaysia ni.. “
” Mak cakap “masuk tahfiz”. suara dia terus sebak masa sebut tu. berkaca-kaca mata dia menahan sebak.. Dollah ingat apa yang ibu dia cakap. moga dolla dan rahman berjaya dunia akhirat.. “
Impian arwah ibu Dollah untuk melihat Dollah menjadi seorang hafiz Insha Allah akan tercapai. Dollah sekarang sedang berusaha untuk mengkhatamkan Quran. Ramai yang mendoakan kejayaan Dollah. Semoga Dollah terus berjaya dan diterangkan hatinya untuk belajar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tanwiriahchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen