Connect with us

Artis / Selebriti

” Sesak nafas tengok video ni, sedih sangat. Teresak-esak akak tu menangis.. ” – Netizen

Video Seorang Wanita Sedang Mencari Sisa Makanan Untuk Anaknya Yang Sedang Sakit Di Tempat Sampah Buat Ramai Yang Tersentuh. Menangis Wanita Tu Bila Munaa Bella Bagi Duit, Sebak Sungguh !!

Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Munaa Bella bertemu seorang wanita yang sedang duduk di tepi tong sampah. Difahamkan wanita itu sedang mencari sisa makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

Pada awal video, kelihatan Muna sedang bertanya sesuatu kepada wanita tersebut. Namun ketika mereka berborak, kelihatan wanita itu menangis dan Muna juga turut sebak. Selepas pada itu, Muna datang kembali kepada wanita itu dan menghulurkan sedikit wang kepadanya.

Menerima wang daripada Muna, wanita tersebut sekali lagi menangis sambil mengesat air matanya. Video ini dikongsikan semalam sempena hari ibu bagi mengenangkan pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan anak. Perkongsian video ini juga telah membuatkan ramai tersentuh.

Ramai yang mengatakan sedih melihat situasi yang dialami oleh wanita itu. Bahkan ada juga yang mahu membantu dan bertanya di manakah lokasi kejadian tersebut. Sehingga kini, video wanita sedang mencari sisa makanan untuk anaknya menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain meluahkan rasa sebak, ramai yang turut bersimpati dengan keadaan wanita tersebut bersama anaknya. Antara komen-komen warganet adalah :

”Β Sesak nafas tengok video ni, sedihnya tengok.. TeresakΒ² akk tuh nangis. Means dia tengah melalui saatΒ² yg sukar dlm hidup dia. Semoga Allah permudahkan urusan akk tuh & anaknya.. “

” Biasanya org yg btl2 susah ni dia tak suka meminta. Dia pun xcerita dia punya ssh. Dia ad rasa malu, n kdg rasa tak ayak nk meminta2. Berat mulut tu. Biasany golongan ni org tak nmpk dia ssh tp sbnrnya dia ssh.. “

” Ya Allah mewahkanlah dan cukupkanlah rezeki yg baraqah utk ibu ayah yg berjuang demi keluarga nya aminn.. Menangis aku tengok video ni.. “

” Allahuakbar mewahkanlah rezekinya sekeluarga seluas langitMu. Kurniakanlah bagi mereka kesenangan, ketenangan, kebahagiaan seisi dunia akhirat amin.. “

” Kalau tak ada video nie… MALAYSIA takkan tahu ada yang ssh mcm nie. Rakyat Malaysia mmg pemurah.. Tak tipu.. Terima kasih orang yg baik bantu akak nie.. “

” Β Allah.. Ibu tu susah hati sbb nk bg ank yg skt mkn. Kalau kita ni ank skt pun akn rasa susah hati walau cukup mkn…ni kan pula ibu yg dlm kesusahan ni.. “

” Dgn anak kecik lagi… Dia nk kje pon susah.unless ada org sudi jd baby dia tanpa minta upah smntara dia nak stabil.. “

Sedih melihat betapa susahnya wanita ini berusaha mencari sedikit makanan untuk mengalas perut anaknya. Jika diri kita merasa susah, cukup sahaja melihat video ini, ramai lagi di luar sana begitu struggle meneruskan hidup. Semoga ada yang sudi membantu wanita tersebut serta segala urusannya dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT