Connect with us

Artis / Selebriti

” Anx1ety baru nak elok, kau buat aku macam ni pula.. ” – Dato’ Fizz Fairuz

Video Dato’ Fizz Fairuz ‘Kena Bul1′ Dengan Anak Bongsunya Buat Ramai Terhibur. Kelakar Betul Dato’ Fizz Membebel. Sayang Anak Punya Pasal, Tak Apa Lah Dato’. Datin Almy Pun Bukan Main Gelak Tak Berhenti Yer, Haha !!

Sebut sahaja nama pelakon Dato’ Fizz Fairuz, pasti ramai mengenalinya. Mempunyai perwatakan kelakar, ada sahaja video telatah Dato’ Fizz ini mengundang tawa warganet. Lebih-lebih lagi video Dato’ Fizz suka menyakat isterinya, Datin Almy Nadia dan anak-anak.

Meninjau di akaun Instagram milik Datin Almy telah dikongsikan video baru yang memaparkan Dato’ Fizz sedang baring. Tulis Datin Almy di ruangan kapsyen, Dato’ Fizz tidak sihat sudah beberapa hari. Namun apa yang mencuit hati pada kali ini adalah gelagat anak bongsu pasangan ini sedang duduk di atas kepala Dato’ Fizz.

Kedengaran Dato’ Fizz berkata yang dia baru sahaja mahu sihat daripada anx1ety, namun Dato’ Fizz seperti pasrah dengan apa yang dilakukan oleh anaknya itu. Mendengar luahan Dato’ Fizz, terus Datin Almy tidak dapat menahan ketawa lalu terus gelak tidak berhenti.

Manakala menerusi video kedua, Datin Almy membawa Dato’ Fizz bertemu dengan seorang doktor untuk merawat anx1ety yang dialaminya. Sekali lagi perkongsian oleh Datin Almy ini telah menarik perhatian warganet dan telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

View this post on Instagram

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton telatah Dato’ Fizz bersama anaknya. Antara komen-komen warganet adalah :

” Habit ank2 mmg gini kot erkk, sy slalu kne dgn ank lelaki umur nk msuk 4 thun.. Kdg kncing pnoh dia mai tenyeh punggung kt mumy dia mcm ni, hahahha.. “

” Sesungguhnya saat ini akan menjadi moment yg amat indah.. Tambah2 semuanya ada video yg boleh disimpan.. Comel betul muka pasrah Dato.. “

” Waktu ni ja diorg akan manja mcm ni.. main panjat2 waktu kita solat, habis badan kita dilanyak, nanti tiba 1 masa kita akan rindu waktu diorg kecik2 beginikan.. “

” Kelakar tauuuu kita pun gelak haaa bukan senang jd bapak.. asyik kna t0moi.. Anak2 yg manja ni mmg mcm tu.. Suka tgok dorg bila ajk bergurau.. Moment2 yg akn dikenang bila bsar nt.. “

” Elok dia parking alahai anak, hahahahaa harap papa bertabah lah yer, hahahaha.. Comel aku dengar Datin Almy ketawa, hahahaha.. “

” Massage tu, hahahaha anak nak bagi papa kurang sakit, cepat sihat.. Comel betul lah tengok perangai dia, hahaha.. “

” Relax je dia ekk.. Sabo jela dgn anak, hahahah sama la kdg2 takdeΒ  tak smpai mood pun nk mrh sbb dah biase, haha.. “

Kali ni betul-betul pasrah muka Dato’ Fizz kena bul1 dengan anak. Tapi tak apalah anak punya pasal, Dato’ Fizz layankan sahaja. Apa-apa pun semoga Dato’ Fizz cepat kembali sihat seperti sedia kala dan moga segala urusan Dato’ Fizz sekeluarga sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT