Artis / Selebriti
” Dia nak kenakan Mak Jenny, last-last dia kena balik, haha.. ” – Netizen

Video Temubual Nabil Ahmad Bersama Ibu Nubhan, Mak Jenny Dalam Program MeleT0P Buat Ramai Terhibur. Sekali Lain Pula Jadinya Bila Nabil Minta Mak Jenny Menyanyi !!
Meninjau ke akaun Instagram Meletop, perkongsian sebuah video ketika sesi temubual bersama Nubhan dan ibunya, Mak Jenny membuatkan ramai terhibur. Pada minggu lalu Nubhan dan ibunya menjadi artis jemputan dalam program MeleT0P.
Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah gelagat Nabil dan Mak Jenny ketika berbicara. Kedua-duanya berasal dari Negeri Sembilan dan berbual dalam loghat negeri tersebut. Walaupun agak sukar difahami oleh sesetengah orang, namun gelagat mereka menghiburkan.
Nabil telah meminta Mak Jenny untuk menyanyikan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Zaiton Sameon. Namun respon yang diberikan oleh Mak Jenny membuatkan ramai tertawa kerana seolah-olah Nabil pula yang terkena dengan Mak Jenny.
Pelbagai soalan yang ditanya oleh Mak Jenny kepada Nabil. Alamak, siapa pula yang menjadi hos MeleT0P pula kali ini. Perkongsian video ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Rata-ratanya amat terhibur dengan gelagat Mak Jenny yang bersahaja :
” Bilo woghih botomu woghih cmni la jd eh aku bilo jumpo woghih sokapal cmni la lagi pokek nismilan eh.. takdolak tau apo si zeton buek apo.. “
” Seronok sembang dgn nenek² ni. Bestnye ade nenek ni kalau mak kite tgok, mosti torgolak eh.. omak kito pun ini la gayonyo sembang dgn adik beradik dio .. “
” Panjangkan lah usian Mak Jenny ni ya Tuhan best sgt aura dia terhibur sy .. Tlg jemput mak jenny kat sepahtu Réunion. Sure gelak sakan .. “
” Kalau jumpa org Tua N9, memang kuat gelak…kalau balik kg, jumpa wan, induk semua, banyak gelak sampai terkencing2.. “
” Hahahahaha di nak kenakan mak jenny, last2 dia kena balik .. rindunya kat arwah mak bila tengok mak jenny ni.. aduhaiiii.. klaka ar.. sakit perut Aku gelak .. “
” Suka dengar bhasa ngori. Lawakla mak jenny ni.. Cantik n comellnya mak jenny.. Mak Jenny mmg meriah..jumpa orang kampung plak tuh haa siap.. “
Sememangnya tidak kering gusi melihat gelagat Mak Jenny. Nampaknya tidak dapatlah Nabil untuk mendengar suara merdu nyanyian Mak Jenny secara live. Semoga Allah SWT memanjangkan usia Mak Jenny dan diberikan kesihatan yang baik. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen