Artis / Selebriti
” Dia buka box mikrofon tu pun mata aku dah berkaca. Kesan lipstick arwah pun masih ada lagi.. ” – Komen Netizen

Video Shuib Sepahtu memberikan Thalita memakai mikrfon milik arwah Siti Sarah untuk digunakan ketika Konsert Ajai & Mega Friends Singapore nanti undang sebak warganet. Sedih sangat part Thalita cium mikrofon tu. Masih ada lagi kesan lipstick milik arwah..
Umum mengetahui anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita antara yang diundang untuk membuat persembahan di Konsert Ajai & Mega Friends Singapore beberapa hari lagi. Thalita kini sedang giat membuat latihan terakhirnya sebelum menjelang konsert.
Terbaru meninjau di akaun Instagram, Shuib ada memuatnaik video yang memaparkan Shuib memberikan mikrofon milik arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada Thalita untuk digunakan oleh Thalita pada konsert itu nanti.
Tulis Shuib di rang kapsyen, seolah-olah memberitahu kepada arwah Siti Sarah dengan mengatakan Thalita meminjam mikrofon arwah. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan sebak ketika melihat Thalita membuka kotak yang tersimpan mikrofon itu.
Menurut Shuib, mikrofon ini adalah mikrofon kegemaran arwah Siti Sarah dan mikrofon ini juga pernah digunakan ketika arwah Siti Sarah bertanding di Anugerah Juara Lagu. Sehingga kini, video Thalita bersama mikrofon arwah ibunya telah menerima puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya tersentuh menonton video ini dan turut memberikan kata-kata semangat kepada Thalita untuk persembahannya nanti. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dia buka box mikrofon tu pun mata aku dah berkaca. Kesan lipstick arwah pun masih ada lagi.. Good luck Thalita, semoga semuanya berjalan dengan lancar.. “
” All the best Thalita.. Make us proud.. Semoga mic ibu awak bawak, membawa berkat kejayaan awak sampai bila2 tau sayang.. “
” Fuhhh sekali acik pun menangis lah.. Mesti ibu bangga dengan awak dektaaa. Good luck dekta. Lebarkan sayapmu seperti ibumu.. “
” Saya tgk sekali lagi dan baca Ayat tu.. terus menangis. Rupanya itu Mic yg digunakan oleh Arwah Ibunya ya.. Sedihnya ya ALLAH.. “
” Really can’t wait to meet you sayang.. Aunty da beli tickets since last year tau!.. Hehe.. All the best k. Will be rooting for you.. “
” Ya Allah.. Nape aku tibe2 sebak ni.. Kua air mata plak.. Adoii.. Lagu tu pula main peranan betul.. Sedih lah.. Good luck Dekta.. “
” All the best Dekta.. Kalau lah arwah ibu masih ada, mesti dia lah yang paling happy tak sabar nak tengok anak perempuan tunggal dia buat show.. “
Sebak melihat Thalita mencium mikrofon tersebut, seperti sedang melepaskan rindu kepada arwah ibunya. Part ketika Shuib memegang bekas lipstick arwah yang masih ada pada kotak juga turut mengudang sebak ramai. Apa-apa pun, good luck Thalita untuk konsert nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya
-
Viral2 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen