Artis / Selebriti
” Dia boleh tegur pulak ‘siapa cakap action’, haha. Mulut cerdik betul tau Fatima ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Ketika Shooting Babak Pertama Hero Seorang Cinderella 2 Buat Warganet Terhibur. Alahai Boleh Pulak Fatima Tanya Suara Siapa Cakap ‘Action’ Masa Tengah Berlakon. Lawak Lah Fatima, Haha !!
Fazura, Fattah Amin dan anak mereka, Nur Fatima Aisya bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Hero Seorang Cinderella 2. Ini adalah sinambungan drama Hero Seorang Cinderella yang turut sama dilakonkan oleh Fazura dan Fattah sebelum mereka mendirikan rumahtangga.
Istimewanya kali ini Fatima akan melakonkan watak anak kepada Fazura dan Fattah dalam drama tersebut. Meninjau akaun Tiktok Nur Fazura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima ketika berada di set penggambaran drama.
Fatima yang masih belum biasa dengan dunia lakonan tetap berlakon dengan sebaiknya hasil didikan daddy dan mommyny. Menerusi video ini dikongsikan keadaan set penggambaran untuk babak pertama Fatima. Kelihatan Fatima sedang duduk di atas katil.

Apabila mendengar sahaja perkataan ‘ action ‘, Fatima sepatutnya menyebut dialongnya tetapi lain pula yang terjadi. Spontan sahaja Fatima bertanya siapa yang menyebut perkataan action itu. Alahai Fatima, boleh pula dia bertanya seperti itu, memang lawak.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@fazuraofficial Fatima shoot scene pertama.🎀#HeroSeorangCinderella2 #FazuraPictures 🎥 Ahad, 17 Mac 2024 – 9 Malam. #AstroRia
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahaha dia bleh tegur pulak “siapa cakap action” haha.. mulut cerdik betul tau Fatima ni. mesti semua terhibur dengan fatima dekat set shooting tu.. ”
” Sopan santun, lembut je Fatima ni kan.. Rindu la budak kecik ni.. Tak sabar nak tengok fatima berlakon.. ”
” 2nd director haha.. Fatima siapa cakap action tu bijak bijak hehe.. Pandai sangat tau buah hati mommy ni.. ”
” Comel la Nyanma ni.. hehe siapa cakap action ye Nyanma. Ni berapa take lah agaknya hehe.. Fatima yang pandai.. ”
Fatima Fatima, dia punya alert dengan keadaan sekeliling memang mencuit hati. Lari terus dialog pertama Fatima. Pertama kali berlakon di hadapan kamera dan director serta kru, tentu segala benda menjadi pelik untuk si kecil ini. Ialah, kalau tak tahu mesti lah kena tanya kan Fatima.

Apa-apa pun, Fatima berjaya juga berlakon dengan daddy dan mommynya. Peminat Fatima terutamanya pasti sudah tidak sabar lagi hendak melihat lakonan Fatima yang dijangka mula bersiaran pada hari Ahad ini, 17 Mac di saluran Astro Ria. Boleh tengok muka Fatima selalu lah selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nur Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen

