Artis / Selebriti
” Dia ajak abang dia sekali join pecah rahsia berjemaah kali ni. Habis lah kau Ifran, haha.. ” – Komen Netizen
Video live adik-adik Amira Othman, Irfan Haris dan Haikal Iskandar mempromosikan baju Fattah Amin buat ramai terhibur. Amboi Irfan, kali ni ajak abang pula dia join sama-sama pecahkan rahsia Kak Long, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik aoandfa, telah dikongsikan video yang memaparkan adik-adik Amira Othman iaitu Irfan Haris dan Haikal Inskandar dan seorang lagi adik perempuan Amira sedang membuat video live. Menerusi video itu, Irfan dan Haikal sedang mempromosikan baju jenama Fattah Amin.
Kelihatan Irfan dan Haikal memakai baju jenama Fattah. Seloroh Irfan apabila Haikal memakai baju tersebut pergi ke gim, pasti ramai akan mengetahui yang Haikal bakal menjadi adik ipar Fattah. Selepas itu, Haikal juga berkata mereka bersama-sama sentiasa support perniagaan baju Fattah dengan memanggil Fattah dengan panggilan Abang Long.
Bukan itu sahaja, sempat Haikal berkata betapa beruntungnya Amira mendapat Fattah kerana Fattah seorang yang kacak. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian para peminat Fattah dan Amira. Ramai yang terhibur dengan telatah Irfan serta Haikal yang suka menyakat kakak mereka.

Bukan itu sahaja, sikap terbuka adik-adik Amira menyokong perniagaan baju Fattah juga mendapat pujian warganet. Komen warganet, seronok melihat adik-adik Amira berkerjasama membantu Fattah mempromosikan baju keluarannya dan mereka kelihatan sangat akrab dengan Fattah.
Tonton video di bawah ini :
@aoandfa hayo kantoi HAHAHHAAH😆🤏🏻 #fattahamin #amiraothman #irfanharis #fyp #foryou #trending #malaysia
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan telatah Irfan dan Haikal dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia ajak abang dia sekali join pecah rahsia berjemaah kali ni. Habis lah kau Ifran, haha.. Ni kalau kaklong tahu habis lah.. “
” Weh diorang takde ikatan lagi tapi saling membantu. family each other pun turun padang main peranan masing2. Cantik susunannya.. “
” Korang jual baju abg long all out very supportive keluarga yg baik saling bantu membantu.. Aamiin3.. Happy tengok korang.. “
” Perancangan Allah.. Memberi yg lebih baik utk Fattah dn amira. Kedua2 keluarga semua baik2. Dn very supportive.. “
” Untung Fattah dpt bakal family yg full support dia..elok rupa dan perangai pulak tu..Kita yang tgok ikut happy sama.. “
” Untung fattah n amira..dua2 side support dorg..rtu family abg long tlg promote abaya AO ,ni family kak long pulak tlg promote baju FA.. “
” Lepas ni semua adik-adik, kaklong simpan dalam stor, sorang pun tak boleh simpan rahsia.. Hahahaha.. “
Ifran kalau tak menyakat Kak Long memang tak sah kan. Tapi kali ni boleh pula Haikal pun join sekali dengan Ifran menyakat Kak Long mereka. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Amira dan Fattah. Andai ada jodoh mereka berdua, semoga segala urusan kedua belah pihak dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok aoandfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cenggitu je you ‘heyhhh’ kan MIL you Trice. Kelakar betul ini mertua and menantu.. ” – Komen Netizen

