Artis / Selebriti
” Dengan saham dia dah tengah tinggi ni ustazah. Dugaan besar yer, haha.. ” – Erra Fazira
Video Ezwan Zain meminta tips kebahagiaan rumahtangga daripada Ustazah Nazirah, namun usikan Erra Fazira buat ramai terhibur. Alahai, baru Mr E nak minta tips, terus kena setempek dengan Erra, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pelakon dan penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain pasti mengetahui bahawa mereka kini mengendalikan sebuah rancangan bual bicara sendiri bertajuk KasiOnz. Menerusi rancangan tersebut, pelbagai topik menarik dibincangkan termasuk isu rumahtangga dan kehidupan seharian bersama tetamu jemputan.
Baru-baru ini, Ustazah Nazirah telah dijemput sebagai tetamu khas. Dalam sesi tersebut, Ezwan dilihat meminta tips kebahagiaan rumah tangga daripada Ustazah Nazirah hingga mencetuskan perbincangan yang bermanfaat dan penuh pengisian.
Namun, suasana menjadi lebih santai apabila Erra sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa “saham” Ezwan kini sudah naik dan dugaan juga semakin besar, sebab itu dia memerlukan lebih banyak tips. Usikan spontan itu membuatkan Ustazah Nazirah dan Ezwan sendiri ketawa.

Perkongsian sedutan video tersebut yang dimuatnaik di TikTok telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat kemesraan pasangan ini yang dilihat selesa bergurau antara satu sama lain. Sehingga kini, video itu telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@amyapit Moment paling tenang bila ustazah bagi tips kebahagiaan rumah tangga pada Ezwan Zain dan Erra Fazira. Katanya, kalau nak bahagia dan hati tenang, banyakkan amalan. Mulakan dengan solat tahajud — kalau biasa buat 2 rakaat, cuba naikkan ke 4 atau 8. InsyaAllah, Allah lapangkan hati dan lembutkan hubungan suami isteri. Jangan lupa juga solat taubat… mana tahu ada dosa lama yang jadi penghalang ketenangan. Bila hubungan dengan Allah dijaga, hubungan sesama pasangan pun jadi lebih indah. Rumah tangga bukan sekadar usaha manusia, tapi perlukan keberkatan dari-Nya. ❤️ #errafazira #ezwanzain #kasionzz #rumahtangga #tipsbahagia follow saya gaiss 🙏🏻
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mr E nie bgus .. Dia suka tnya, mnta nsiht, mnta tips.. Nmpk sgt Mr E nie begitu besungguh nak jga rumh tngga.. “
” Nampak sangat2 Mr. E ingin menjaga kebahagian rumahtanga beliau dengan Erra… Sayang sangat2 Mr. E pd Erra. Smoga kalian kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiin.. “
” Alhamdulillah…. Suka dengar Ustazah ni bagi pencerahan.. Semoga mereka bahagia.. Selamanya. till Jannah.. Aaminn yaa Robbal aalamin.. “
” Suka sgt tngok kelembutan sifat Mr.E, untungnya Erra dpat suami mcm Mr.E nii. didoakn kalian br 2 bahagia kekal di Dunia dn akhirat…. Aamiin.. “
” Ustazah Nazirah thee best dgn nasihat2nya, tksih bnyk ustazah dn tksih jgk pd Erra suamisteri…. Aamiin moga chanel kasiOnzzzz nii sntiasa mndpt Rahmat dn Redho Allah… “
” Alhamdulillah. terima kasih Ustazah atas tips bahagianya… Betul la orang tua2 kata, “kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Semoga erra dan ezwan dikurniakan keluarga yang sakinah ,mawaddah dan arrahmah” dan bahagia till jannah.. “
” MasyaAllah Tabarakallah Alhammdulillah. Amat bersyukur dpt mndgr nasihat ustazah ni. Sedap hati mndgr.. “
Dalam masa yang sama, warganet turut memuji penyampaian nasihat oleh Ustazah Nazirah yang disifatkan penuh hikmah dan mudah difahami. Tidak kurang juga yang mendoakan agar rumahtangga Erra dan Ezwan terus kekal bahagia dan diberkati.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok amyapit, IG ezwanzain
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen

