Artis / Selebriti
” Dalam kita tak sedar, YB dah buat pengumuman. YB dah bagi hint tu.. ” – Komen Netizen
Perkongsian YB Syed Saddiq pengalaman indah menyertai Sepahtu Reunion Live In Singapore curi perhatian warganet. Wah part manifesto tu macam bukan main-main je. YB bagi hint dalam diam-diam..
Kehadiran pasangan sensasi BASS iaitu Bella Astillah dan YB Syed Saddiq di pentas akhir Sepahtu Reunion Live In Singapore membawa banyak kenangan manis untuk peminat pasangan ini. Siri popular itu mendapat sambutan yang hangat daripada warga Singapura.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram YB Syed Saddiq, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan moment indah sepanjang YB Saddiq, Bella Astillah serta kedua ibu mereka berada di sana. YB Saddiq juga menunjukkan behind the scene sebelum mereka muncul di pentas Sepahtu Reunion.
Lakonan YB Saddiq mendapat pujian daripada warganet. Tidak lagi kaku dan boleh menjiwa watak, YB Saddiq membuktikan dirinya berbakat. Warganet juga memuji suara YB Saddiq menyanyi dengan baik di atas pentas. Di ruang kapsyen, YB Saddiq mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sepahtu yang memberikannya peluang itu.

Dalam kebanyakan babak sweet lakonan YB Saddiq dan Bella, ada satu part yang menarik perhatian warganet di mana YB Saddiq meluahkan segala pengorbanannya demi cinta, antaranya mendaki Gunung Kinabalu. Warganet juga tertarik dengan manifesto yang YB Saddiq ucapkan menerusi dialognya itu.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
@bassfanybba apa lagi yang tak sanggup, semua sanggup 🤭 #teambass #singapore #sepahtureunion #sepahtu #bass
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik B.. Proud of you.. B sweet sangat.. Tak sangka YB ada banyak bakat terpendam tu! We were impressed and truly entertained by both your performances. Till we meet again. Baby jaga sayang ya.. “
” Siapa sngka kan dpt tengok sisi lain seorang YBSS, dari Ahli Perlimen dan ironman Malaysia rupanya ada bakat lain yg berjaya Bella keluarkan.. Bangga dgn YB berani mencuba dan berjaya.. BASS.. “
” Apa je yg YB x buat lagi ? Jadi suami bella! Hehehehehe.. Terbaikkk ybsyedsaddiq lakonan menjadi…. nyanyian, lepas ni boleh nyanyi duet dgn wanita luar biasa la pulak …” tapi,in real life saya takkan lepaskan…” tu.. ada dlm skrip ke … atau skrip dari hati YB.. “
” Gmbr last.. Sesi balas dendam haha.. Silap2 mggu depan betol dorg bertunang. Aku x nak lalai dgn apa yg dorg da rancang.. “
” Manifesto nk bertunang lg seminggu…. dalam kita x sedar YB dh buat pengumuman.. 1 week later betul2 rombongan sampai haha.. ini hint gaissss.. “
” Amboiii Yb dah makin berani ekkkk.. macam tak berlakon je dialog tu.. Lock gaisss 1 minggu lg.. Betol2 meluah tu….. kompang x bunyi kami tunggu.. “
” Pengumuman ke tu.. YB dah bagi hint tu.. mcm dah bagi tau je ni.. betul dah tu lagi satu minggu tunang.. 14 Februari ke tu..
” Skrip spontan ni.. personal betul lah bukan lakonan haha.. hint dia satu minggu dari sekarang ok geng.. ini actually adalah announcement dalam diam.. “
Warganet kagum dan terhibur dengan bakat terpendam yang dipertontonkan oleh YB Saddiq secara live sepanjang Sepahtu Reunion itu. Apa-apa pun YB Saddiq, jangan lupa manifesto yang telah diumumkan itu. Janji perlu ditepati ye YB. Ramai yang tunggu berita minggu hadapan, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syed Saddiq, Tiktok bassfanybba
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

