Connect with us

Artis / Selebriti

” Dah macam new toy for the kids, excited nak pegang baby.. ” – Netizen

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Reaksi Anak-Anaknya Sejurus Kembali Ke Rumah Bersama Datin Dr Halina Dan Bayi Kembar Mereka. Wah Meriah Betul, Penyayang Sangat Semua !!

Tarikh 20 November 2020 menjadi pilihan pasangan doktor popular, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Mohd Yunos untuk melahirkan bayi kembar mereka. Walaupun kandungan Dr Halina pada waktu itu baru sahaja 35 minggu, namun demi kesel4matan ibu dan anak, pembed4han dilakukan untuk kebaikkan semua.

Umum mengetahui, Dr Sheikh sudahpun mempunyai sepasang kembar lelaki sebelum ini iaitu Sheikh Noah dan Sheikh Adam. 2 orang anak terdahulunya pula perempuan iaitu Tasha dan Bella. Kali ini, Dr Sheikh dikurniakan sepasang kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Meninjau akaun Instagram Dr Sheikh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak-anaknya ketika pertama kali melihat adik baru mereka ini. Setelah beberapa hari menanti kepulangan Dr Sheikh dan Dr Halina, nyata Tasha, Bella, Noah dan Adam teruja menyambut kepulangan si kecil ini.

Dalam video ini, terpancar wajah gembira anak-anak Dr Sheikh terutamanya si kembar Noah dan Adam. Semuanya ingin meriba bayi kembar ini dan gembira menerima adik baru. Suasana yang diselub0ngi dengan kasih sayang antara adik beradik ini diharapkan Dr Sheikh berkekalan selamanya walaupun dirinya tidak lagi ada kelak.

Jom tonton video di bawah :

Dr Halina juga ada berkongsi cerita mengenai reaksi anak-anaknya ketika mereka kembali ke rumah. Alahai 2 bayi baru tidak cukup untuk 4 beradik ini kerana setiap orang tidak dapat seorang bayi baru, mencuit hati sungguh ayat di kapsyen Dr Halina ini.

Gelagat Tasha, Bella, Adam dan Noah ini menarik perhatian peminat. Pastinya si kembar abang perlu diperhatikan selalu kerana nampak ger4m wajahnya dengan adik-adik mereka ini. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah..ya Allah pls bless this fmly with yr great care n love.. aamiinn2 ya rabbal alamin.. “

” Alhamdulillah.. bestnya tasya n bell dpt kwn girl adam n noah dpt kwn boy.. Abg2nye dah redha.. “

” Adam and Noah dah jadi abang dah.. so cute semoga mereka semua menjadi anak yg soleh & solehah yg akan menjadi saham akhir4t doc n doc Halina.. aamiin.. “

” Dah mcm new toy for the kids . Priceless, seronok tengok ceria je rumah. The elder siblings so cute, love in the air indeed.. “

” Hihi. Comelnyaaa.. Semua excited nk jumpe n cuddle their new siblings. sweet moments.. Semua penyayang sama macam dr sheikh dan dr halina.. ” 

” Seronoknya tengok the kids . Excited nak pegang baby yer… So cute, Adam & Noah msti da planning something.. “

” SubhanAllah.. Happy tears to see this beautiful moments captured.. Tasha is carrying Tasha Jr. Muka sama betul adik dan kakak ni.. “

” MasyaAllah, it is so sweet to see the siblings bonding with the twins. Awww bella and tasha know how to hold their new baby siblings.. So cute.. “

” Comelnya adam n noah senyum2 tgk baby. Adam and Noah is really enjoying being big brothers. The kids reaction so adorable.. New Babies new excitements.. “

Pastinya semakin meriah dan kec0h rumah Dr Sheikh dengan pelbagai gelagat anak-anaknya ini. Kehidupan baru sebagai parent kepada 6 anak yang bakal menyeronokkan bermula kini. Semoga Dr Halina cepat sembuh dan kembar baru ini membesar dengan sihat. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor, IG Dr Halina Mohd Yunos

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT