Artis / Selebriti
” Dah macam gaya nak bersilat tu, terujanya dapat anak lagi. Lawaklah Saharul.. ” – Netizen
Video Terbaru Saharul Ridzwan Bersama Anak Ketiganya Yang Baru Lahir Raih Perhatian Ramai. Wah Diam-Diam Bertambah Anaknya. Comel Sangat Gaya Ger4m Dengan Baby Tu. Tahniah Saharul Dan Isteri !!
Sekalipun pelakon Saharul Ridzwan jarang dapat dilihat kemunculannya di kaca TV, namun aktor berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini giat dalam perniagaannya. Bahagia bersama isterinya, Qaabila Deena Emir dan 2 anak mereka, kehidupan Saharul kini lebih tenang.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Saharul Ridzwan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Saharul bersama cahayamata ketiganya yang baru sahaja dilahirkan. Tanpa sebarang perkhabaran tentang kehamilan, alih-alih Deena telah dimaklumkan selamat bersalin.
Kali ini, Saharul dan Deena dikurniakan seorang lagi anak perempuan. Alhamdulillah, ungkapan syukur ke hadrat Ilahi diucapkan oleh Saharul atas kurniaan ini. Apa yang lebih mengujakan, Saharul tidak tahu jantina bayi ini dan hanya tahu setelah anaknya ini dilahirkan.

Dengan kapsyen pendek berbunyi ‘ Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hebat Allah, segala puji bagi Allah. Semuanya Allah SWT ‘, pastinya kehadiran si kecil ini bakal memeriahkan lagi keluarga kecil Saharul dan Deena.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Saharul ini telahpun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah diberikan oleh warganet untuk Saharul dan antara komen-komen :
” Syukur Alhamdulillah, tahniah Saharul sekeluarga. Subhanallah, Allahuakbar. Artis macam ni kita patut buat idola.. “
” Alhamdulillah, terbaik Saharul. Tahniah dikurniakan cahayamata baru. Semoga anak dan isteri serta seisi keluarga diberi kesihatan yang baik, dirahmati dan diberkati.. “
” Nak suami macam ni satu, lawaklah Saharul ni. Dah macam gaya nak bersilat tu, terujanya dapat anak lagi. Seronok tengok Saharul sekarang, alhamdulillah.. “
” Alhamdulillah tahniah buat abang Saharul dan kakak Deena, ayah yang sangat penyayang. Suami yang mendamaikan hati sang isteri, syukur.. bertambah lagi amanah Allah.. “
” Tahniah Saharul dan isteri atas kelahiran cahayamata baru. Alhamdulillah selamat semuanya, selamat berpantang Deena. Tak sabar nak tengok baby.. “
” Bagusnya Saharul ni, dalam kegembiraan menyambut cahayamata baru, masih tak lupa hendak mengajak peminat bersyukur.. Alhamdulillah, tahniah bang dapat anak lagi.. “
” Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar mabruk atas kelahiran si kecil. Penyayang sangat Saharul ni. Rezeki Deena, selamat berpantang Deena.. “

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah yang satu. Tahniah daripada kami di Berita Kopak buat Saharul dan Deena atas kelahiran cahayamata ini. Semoga bertambah barakah dalam keluarga Saharul dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Saharul Ridzwan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

