Artis / Selebriti
” Masya Allah cantiknya nama baby Saharul, nama yang indah.. ” – Netizen
Saharul Ridzwan Kongsi Nama Anak Ketiganya Selepas 7 Hari Kelahiran. Masya Allah, Indah Namanya Dan Ada Sejarah Tersendiri Dalam Agama. Moga Menjadi Sekuat Namanya !!
Kira-kira seminggu yang lalu, pelakon Saharul Ridzwan ada memaklumkan tentang kelahiran cahayamata ketiganya. Menerusi laporan Mstar Online, Saharul langsung tidak mengetahui tentang jantina bayi tersebut sehinggalah saat Saharul mengazankan anaknya itu.
Rupa-rupanya Saharul tersilap kerana bayinya itu bayi perempuan. Pada perkongsian Saharul sebelum ini juga, ada dikongsikan video Saharul meriba bayinya itu dan ungkapan doa Saharul buat semua yang menonton perkongsiannya ketika itu.
Meninjau entry terbaru Saharul di Instagramnya, Saharul mengemaskini perkembangan terbaru puteri keduanya ini. Sebagaimana sunah menamakan bayi selepas 7 hari kelahiran, satu nama dipilih untuk si kecil ini.

Khadijah Alkubraa, itu nama yang telah disepakati oleh Saharul dan isterinya, Deena. Membesarlah bersama cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, seperti hebatnya cinta Saidatina Khadijah Al-Kubra R.A. Amin Ya Allah, itu harapan Saharul untuk puterinya ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Saharul ini telahpun meraih perhatian daripada warganet. Ucapan tahniah dan pujian diberikan dan antara komen-komen mereka :
” Alhamdulillah Tahniah semuga jadi anak yg solehah berjaya Dunia Dan akhirat. lahir2 suci dh dpt berkat alim ulama.. “
” Bakal da’eiah ke seluruh alam, masya Allah cantiknya nama. Alhamdulillah selamat datang sayang.. “
” Masya Allah nama yang indah, sedapnya nama baby Saharul ni. Semoga menjadi sekuat dan segagah saiditina khadijah.. “
” Tahniah Saharul Ridzwan, hadiah hari lahir ni. Insha Allah menjadi anak yang solehah dan wanita muslimah yang tersohor.. “
” Alhamdulillah tahniah bang chik dan wife dapat baby baru. Semoga membesar sihat dan jadi anak yang solehah, abidah, alimah, dae’iah.. “
” Alhamdulillah nama yang baik mencerminkan doa untuk si kecil. semoga khadijah alkubraa menjadi sehebat saidina khadijah dan membanggakan kedua ibu bapa kelak.. ”
” Sedapnya nama baby Saharul, indah dan damai sebagaimana maksudnya. Wanita yang tinggi cintanya pada rasulullah, semoga Khadijah menjadi anak yang solehah.. aaminn.. ”

Alhamdulillah, nama yang baik itu yang amat disarankan. Semoga impian Saharul untuk puterinya ini akan dimakbulkan oleh Allah. Selamat datang Khadijah Alkubraa, sentiasa menjadi anak yang baik dan solehah sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Saharul Ridzwan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti10 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

