Artis / Selebriti
” Cutest live host. Cakap Melayu pandai, speaking english pun cair dengar.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak perempuan Izara Aishah, Irisa Alaia mencelah untuk menjadi live host mencuit hati warganet. Amboi Alaia, petah sungguh mulutnya sekarang. Seronok dengar celoteh Alaia, comel sangat..
Izara Aishah antara selebriti yang aktif menjual produk pakaiannya di media sosial. Baik di Instagram mahu pun Tiktok, Izara mempunyai ramai pengikutnya tersendiri dan mereka sering mengikuti siaran langsung daripada Izara hampir setiap hari.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Izara Aishah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulung Izara, Irisa Alaia yang mencelah masuk ketika Izara sedang membuat live. Kata Izara, Alaia sering melihat Izara live dan si kecil ini juga ingin melakukan hal yang sama.
Sambil memegang pakaian yang dijual oleh Izara, Alaia bercerita mengenai baju tersebut. Celoteh Alaia itu mencuit hati warganet. Alaia juga sangat petah bercakap. Ketika Alaia bercakap dalam bahasa Inggeris, Izara menyuruh Alaia menjawab dalam bahasa Melayu.

Kedua-dua bahasa dikuasai dengan baik oleh Alaia. Izara juga mengatakan Alaia boleh menggantikannya membuat live selepas ini. Kecomelan dan kepandaian Alaia itu menambat hati warganet. Semakin besar, semakin comel anak kesayangan Izara ini.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pandainya, Kecik2 dah pandai nak berniaga.. bijak cucu Siti Nurhaliza nih semua nya bijaksana.. “
” Comelnya cucu Tok Ti ni pandai sangat.. alahai so sweetla dia bercakp dah comel.. dua-dua bahasa pandai.. “
” Comel dan lembut je dia bercakap, macam mamanya sangat. cutest live host.. cerdik sangat ni Alaia.. “
” Comelnya macam mama dia.. geram dengar Alaia bercakap.. nak ganti mama buat live lah tu hehe.. mesti laku keras kalau Alaia yang menjual.. “
” Masya Allah Alaia, comel dan cutenya dia ni.. Cakap Melayu pandai, speaking english cair dengar.. bijak sangat ni sayang.. “
” Seronok tengok Alaia, dah besar makin bijak budak comel ni. dwi bahasa dua-dua fasih.. besar nanti mesti hebat macam mamanya.. “
” Pandainya Alaia nak tolong mama menjual. Best dengar Alaia speaking, ada slang. cakap melayu pun sedap dengar.. budak bijak ni.. “

Alaia seorang yang comel dan bijak, bakal pengganti mama satu hari nanti. Tidak puas warganet melihat telatah Alaia. Semoga Irisa Alaia menjadi anak yang baik budi pekertinya, anak yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapa. Mama boleh bersara awal menjual sebab Alaia boleh menggantikan mama, hehe.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Izara Aishah15, Youtube Selebriti Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen

