Artis / Selebriti
” Lawa betul tengok Datin, dah macam orang Arab pakai outfit Bollywood.. ” – Komen Netizen
Video penampilan Datin Shahida yang mengenakan pakaian bertemakan Bollywood curi perhatian warganet. Alahai cantiknya Datin, dah macam pelakon Bollywood..
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida Mohd Rashid, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Shahida menghadiri majlis D’Herbs Bollywood Night 2024. Majlis tersebut diadakan adalah untuk meraikan staff syarikat mereka.
Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen yang dirinya tidak menyangka pada tahun ini usia perkahwinannya bersama Dato’ Aliff dan perniagaan yang dibina mereka sudah pun 17 tahun. Bahkan akui Datin Shahida, sepanjang menjalani perniagaan, bermacam-macam dugaan yang dihadapi mereka.
Di akhir penulisan, Datin Shahida berharap suatu hari nanti anak-anaknya dapat menyambung legasi perniagaan mereka. Perkongsian oleh Datin Shahida tersebut telah menarik perhatian ramai. Ada yang teruja melihat penampilan Datin Shahida berpakaian bertemakan Bollywood.

Kata warganet, melihat penampilan Datin Shahida sudah seperti wanita Arab yang memakai pakaian Bollywood. Bukan itu sahaja, mereka juga menyukai gaya sopan yang diperagakan oleh Datin Shahida. Sehingga kini, video Datin Shahida itu telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Datin Shahida dan pelbagai kata-kata pujian diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lawa betul tengok Datin, dah macam orang Arab pakai outfit Bollywood.. Pandai datin style kan selendang panjang tu tak meleret kemana2.. Menutup dada, wrna soft2 dan aksesori tak over.. “
” Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat dan sentiasa dikurniakan sakinah mawaddah wa rahmah, kekal bahagia bersama Dato’ Aliff.. “
” MashaAllah cantik sangat Datin.. Syukur Alhamdulillah. Tahniah Datuk & Datin. Moga sihat walafiat, bahagia hingga ke jannah.. “
” Subhanallah datin chantek dengan outfit bollywood datin kan ada mixed look of Pakistani kan chantek dah macam artis bollywood alhamdulilah.. “
” Datin sejak2 dah kurus, makin cantik betul tengok.. Kena betul oufit bollywood dengan Datin tau.. Kita tengok terpegun terus.. “
” Semoga di panjangkn umur di murahkn rezeki serta di berkati Allah swt sentiasa dn sihat slalu di samping keluarga tersayang ye… Aamin Aamin Ya Rabal Alamin.. “
” Cantikkkkkknyaa Datin.. Semoga sentiasa sihat, kekal bahagia bersama keluarga tercinta dan perniagaan sentiasa maju, Insyaallah.. “
Cantik sungguh Datin Shahida apabila memakai pakaian Bollywood seperti ini. Benar lah apa yang dikatakan oleh warganet, sekali pandang Datin Shahida sudah seperti wanita Arab. Apa-apa pun, semoga perniagaan Datin Shahida dan Dato’ Aliff ini akan terus maju dan didoakan juga semoga rumahtangga kalian akan terus bahagia serta berkekalan sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

