Artis / Selebriti
” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak sulung Izara Aishah, Irisa Alaia memangku dan mengalu-alukan kedatangan adik bongsunya yang baru lahir curi perhatian warganet. Alahai comelnya adik baby, putih kemerahan-merahan. Nama pun cantik dan unik, jarang dengar..
Pada hari Khamis yang lalu, biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ada berkongsikan mengenai kelahiran anak ketiga Izara Aishah di Instastory miliknya. Ini mengesahkan bahawa Izara telah pun selamat melahirkan seorang lagi cahayamata perempuan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Adib Khalid iaitu suami Izara, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak-anak Adib dan Izara iaitu Irisa Alaia dan Amara Amina ketika melihat adik baru mereka itu. Alaia memangku adik bongsunya di atas ribanya sambil tersenyum gembira.
Alaia mengalu-alukan kedatangan adik baru dalam keluarga mereka. Ramai yang memuji kecomelan wajah cahayamata baru Izara ini. Sama seperti Alaia dan Amina, si kecil ini juga berkulit putih kemerah-merahan. Alaia menzahirkan rasa terujanya dengan kelahiran adik bongsunya itu.

Di ruangan kapsyen pula, Adib memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang bermakna ini. Adib juga mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan Izara. Selain itu, Adib turut memaklumkan nama penuh si kecil ini yang telah dipilih bersama Izara.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Welcome baby.. Powerpuff girls daddy… Congratulations to the both of you adib_khalid & izaraaishahofficial.. May Allah bless your family always.. “
” Kakak Cakap pun bunyi macam mama.. Alhamdulillah 3 Princess already .. Welcome to tje 3 girls club hehe.. “
” Alhamdulillah & Congrats adib_khalid n izaraaishahofficial on your newborn baby girl. Alah cutenya kakak Alaia n Amara ni, nanti tolong Mama jaga adik ok. Complete Power Puff Girls.. “
” Alhamdulillah, congratulations, Adib & Izara.. bestnyer dapat baby lagi.. congrats bertambah cucu tok khalid.. “
” Yeah sama anak 3 gugurl 1boy hihi takpe next mst laki.. selamat berpantang izara.. comel comel semua, alhamdulillah.. “
” Cantiknya anak anak Izara macam mami dia jugak.. sopan ja anak-anak macam daddy dan mami dorang juga.. cute sangat baby baru izara ni.. putih melepak.. “
” Alahai seronoknya Alaia dapat adik girl lagi.. lembut je cakapnya.. tahniah Adib dan Izara.. nama baby pun unik dan lain dari lain.. pandai pilih nama.. “
Alhamdulillah, bertambah meriah keluarga Adib dan Izara dengan kehadiran baby Tahara Alima. Semoga Tahara Alima membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya dan menjadi kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adib Khalid, IG Izara Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen

