Artis / Selebriti
” Senior Mami Jarum dan junior Mami Jarum. Berdekah weh tengok, haha.. ” – Komen Netizen
Video lakonan spontan Kartina Aziz dan Izara Aishah bersama Dato’ Aliff Syukri buat ramai terhibur. Kelakar betul dengar masing-masing cakap loghat utara. Part Dato’ Aliff paling lawak, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pelakon veteran, Kartina Aziz bersama Izara Aishah yang secara spontan melakonkan satu babak drama. Menerusi video tersebut, kedua-dua mereka dilihat berada di hadapan Wisma Dherbs milik usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri.
Paling mencuit hati sudah tentu lakonan Kartina Aziz yang kembali membawa watak ikonik Mami Jarum. Telatahnya bertutur menggunakan loghat utara seperti dalam filem Mami Jarum suatu ketika dahulu mengundang gelak tawa penonton.
Ramai yang mengakui aura dan keunikan watak tersebut masih kekal, sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadap karakter legenda itu. Tidak ketinggalan, lakonan Izara Aishah juga menerima pujian apabila dilihat berjaya mengimbangi watak Kartina dengan baik.

Kemunculan Dato’ Aliff Syukri menerusi video tersebut turut menghangatkan suasana dan menambah elemen kejutan kepada penonton. Perkongsian video ini bukan sahaja menghiburkan, malah berjaya menarik perhatian ramai terhadap tujuan sebenar rakaman tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Senior mami jarum ft junior mami jarum. Berdekah weh tengok, haha.. Ok Dato bole wt filem pulak pas ni, lulus, haha.. “
” Mami tu kalau bab Mami Jarum mantap lakonan, lawan satu lagi lupa nama.. Yang ketawa mengilai tu Haha.. “
” Mohon dato jadi sponsor untuk buat mami jarum 2026 version. Hahaha tengok macam best ja kalau ada filem baru ni.. “
” Best kak kartina aziz berlakon..Sukalah izara bawak watak kelakar2 cmni.. Rinduu.. Memang ngap lah watak lawak dengan dia.. “
” Hahahah… Amboi mami tak baik kata motor kami motor cabuk, hahahahaa.. Gabungan mantap ni, best sangat tengok dorang berlakon.. “
” Weyhh awat dia habaq style lagu dlm gambaq Mami Jarum.. Dato pun kelakar dengar dia cakap loghat utara.. “
” Hahahaha Ingatkan nk promote Mami Jarum versi 2026.. Rindu gan Kartina Aziz.. T. Kasih Dato buat video ni. .”
Selain itu, ramai yang mengakui aura dan keunikan watak Mami Jarum tersebut masih kekal, sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadap karakter legenda itu. Difahamkan, babak ini merupakan sebahagian daripada promosi beg tangan keluaran terbaharu Dato’ Aliff yang mana Izara Aishah merupakan salah seorang duta bagi koleksi tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen

