Artis / Selebriti
” Laa pregnant rupanya dia, tak nampak langsung. Comel je baby bump tu.. ” – Komen Netizen
Gambar Izara Aishah sebagai menggayakan busana raya curi perhatian ramai. Wah Izara sedang hamil anak ketiga rupanya. Cantik berseri-seri, sekali tengok tak macam mengandung. Komen Izara mengesahkan kehamilannya tu comel je. Dah tak lama dah ni..
Izara Aishah nama yang cukup terkenal di kalangan warganet. Isteri kepada Adib Khalid, merangkap menantu kepada Tengku Zawyah dan juga biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini memiliki wajah yang cantik dan sedap mata memandang. Sekadar info, Izara sudah pun dikurniakan dengan 2 orang cahayamata perempuan.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Shawl Publika, telah dikongsikan beberapa keping gambar Izara sebagai muse untuk produk baju ini. Apa yang menarik perhatian warganet adalah kapsyen yang tertera pada posting ini mengenai Izara sedang hamil anak ketiga.
Ianya berita yang menggembirakan peminat-peminat Izara. Ramai juga yang tidak menyangka Izara sedang hamil kerana bentuk tubuhnya tidak mengalami perubahan yang ketara. Komen warganet, tubuh Izara kelihatan ramping sehinggakan orang tidak menyedari dirinya sedang hamil.

Ramai juga yang memuji Izara semakin berseri-seri dan ianya seri ibu mengandung. Busana yang Izara gayakan adalah dari koleksi YASNA berwarna maroon. Walaupun sedang hamil, baju ini masih muat untuk dipakai dan ibu hamil juga boleh bergaya di pagi raya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Congratulations Icha.. cantiknya ibu hamil ni.. You may be growing that baby belly, but you’re glowing even more.. “
” Cantiknya Izara ni.. Tahniah Izara… sebelum bace caption dah ckp dlm hati ” alaa baju ni buat perut nampak mcm pregnant” rupenye memang pregnant.. “
” Laa pregnant rupanya dia, tak nampak langsung.. tak nampak macam preggy pun, slim je badan.. “
” Macam mana pregnant 7 bulan macam tak pregnant ni.. weh dia nak masuk anak ke 3. ingatkan nak masuk 2.. she gorgeos weh.. “
” 7 month dia comel je babybump tu. Kena ke aku 7month mcm nak meletop.. sya teka girl sbb perut kecik then dia cantik berseri.. “
” 7 month cantiknya Izara, berseri-seri.. tak nampak macam ibu hamil pun.. setuju yang ni anak ramai, elok semuanya.. tahniah izara.. “
” Tooooo pretty to handle.. baby boy aaminn.. anak banyak pun tak pe.. baka cantik.. sumpah memang tak nampak langsung macam pregnant.. “
Komen Izara :

Hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum Izara melahirkan cahayamata ketiganya itu. Izara memang cantik rupawan dan ramai yang tidak menyangka Izara sedang hamil. Pandai Izara menyimpan rahsia. Apa-apa pun, tahniah Izara dan semoga segala urusan Izara untuk melahirkan nanti berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shawlpublika
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga1 day ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

