Artis / Selebriti
” Berair mata aku tengok Ameng joget. Amelina pun tak tahan nak gelak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ameng Spring berduet bersama Amelina menyanyi lagu dangdut, Yang Tersayang buat ramai terhibur. Amboi Ameng, bukan main lagi dia berjoget. Amelina pun tak tahan nak gelak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik f8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ameng Spring berduet bersama penyanyi dangdut terkenal, Amelina. Menerusi video tersebut, kedua-dua penyanyi ini membawakan lagu berjudul Yang Tersayang dengan penuh penghayatan.
Persembahan mereka ternyata menarik perhatian ramai, apatah lagi gabungan suara Ameng dan Amelina yang cukup serasi. Lagu yang dinyanyikan itu mengimbau nostalgia dan membuatkan penonton turut sama hanyut dalam alunan muzik yang dibawakan.
Namun begitu, apa yang paling mencuri perhatian adalah telatah spontan Ameng ketika menyanyi lagu dangdut tersebut. Gaya bersahaja Ameng yang berjoget dangdut dengan penuh semangat dilihat sangat mencuit hati warganet yang menonton video tersebut.

Lebih menghiburkan, Amelina sendiri dilihat tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat Ameng ketika menari. Reaksi Amelina yang spontan itu menambahkan lagi seri persembahan mereka hingga menjadikan suasana lebih santai dan menghiburkan.
Tonton video di bawah ini :
@f8buzz Amboi Ameng, berdangdut sakan dia ek 😅🥰 Ameng dan Amelina berduet bersama di majlis rumah terbuka dan kesyukuran Alyssa Dezzek. Alyssa berjaya mendapat 9A di ujian SPM beliau tahun lepas. #f8buzzhiburan #ameng #amalina #alyssadezek #yangtersayang
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Berair mata aku tengok Ameng joget. Amelina pun tak tahan nak gelak, haha.. Makin rosak lah Ameng sekarang ni.. “
” Abg ameng sekarang makin menjadi2 lawak nya.. Semakin sihat … Dah tak mcm dulu lagi … Alhamdullilah abg Ameng …. yakin lah pada diri kita sendiri .. “
” Ameng tu dh kenapa.. Sori aku tk thn gelak nengok Ameng.. Kelakar betul lah, tak sangka dia sekelakar ni.. “
” Dlu dia nyayi kt mawar biru weiii terkejut aku haha Ameng. Tak heran la sebab dia pndai nyayi dangdut ni woii.. “
” Otai 2 ni dh biasa bw mcm Genre lgu lps joint gv so rockers pon blh tapau.. Hahaha dangdut salute bang Ameng.. “
” Haha teringat Ameng bawak lagu apa takh flm gv4 tu dia joget mcm tu la, haha lawak.. Mengekek aku satu family tengok.. “
” Amelina n ameng sedap sungguh suara evergreen… Tak pernah sombong dgn peminat… Terbaik sangat-sangat.. “
Selain itu, ada yang memuji keserasian mereka berdua berduet bersama-sama. Malah tidak kurang juga yang terhibur melihat sisi ceria Ameng yang jarang ditampilkan sebegitu. Semoga Ameng dan Amalina akan terus berjaya dalam bidang seni.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz

