Artis / Selebriti
” Act of service YB konsisten, tapi lepas tunang ni nampak lagi sweet.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq melayani Bella Astillah ketika berada di Muar buat ramai teruja. Alahai makin sweet encik tunang Bella ni. Bersemut habis, melting tengok..
Pasangan sensasi, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah sudah pun melangkah ke fasa pertunangan. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Team Saddiq, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat YB Saddiq dan Bella yang pulang ke Muar buat kali pertama setelah bertunang.
Destinasi wajib yang YB Saddiq akan membawa Bella pastilah restoran asam pedas yang popular di Muar. Seperti kebiasaan, YB Saddiq akan melayani Bella makan dengan begitu baik sekali. Satu demi satu lauk diambil oleh YB Saddiq dan diisikan ke dalam pinggan Bella.
Ramai di kalangan warganet yang memuji act of service YB Saddiq yang konsisten dan tidak pernah berubah sejak dari mereka berdua akrab sehingga menjadi tunang. Cara YB Saddiq menyantuni Bella bak sang permaisuri itu membuatkan ramai yang cair melihatnya.

Telatah YB Saddiq cuba melindungi Bella dari panas terik ketika sedang berjalan juga mengundang senyuman warganet. Sayangnya YB Saddiq terhadap Bella tidak dapat diselindungkan lagi. YB Saddiq lelaki kiriman tuhan untuk membahagiakan Bella.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Makin sweet ehhh korang hambikla bumi nii kitaorg dduk atas awan je.. Act service yb konsisten tapi lepas tunang ni nampak lagi sweet nanti lepas nikah rasanya kami semua kena pasang tangki oksigen sorang satu.. “
” Finally she met with someone who really appreciate her existence. Nampak Bella dan YBSS makan bersama. YBSS is a gentleman.. jadi tunang tambah sayang.. bila yb nak start makan ni, bella first ye.. “
” Alhamdulillah YB syedsaddiq sentiasa layan yayang dengan baik semoga kasih sayang YB xpernah berubah semoga kekal selamanya Aamiin2. sweet laa.. “
” Halah haalaaahhh memang caiirrr laaa panas² niii.. x sabar nak tgk BASS bjln sambil pegang2 tgn lepas nikah nanti. mesti lagi sweet.. “
” Ishhh tepi jalan pun nak sweet-sweet. Menci la macam nii dok mnyengih sorang diri.. panasss macam ni kenapalah jadi sejuk tengok 2 ketul ni.. “
” Weihhh aku kena rasuk apa ni senyum sorang sorang.. sayang betul yb dengan cik tunang tu.. Tangan pun boleh lah nk lindung yayang dia.. sweetnya.. “
” Ya Allah sayang btul yb dgn bella siap pakai tangan tutup kepala bella sebab panas.. suka sgt tgk layanan YBSS pd bella.. YB servis mmg on the 100 %. so gentleman.. “
Sejuk mata memandang bagaimana YB Saddiq meratukan Bella. Layanan yang cukup istimewa sejak dahulu sehingga lah sekarang. Ramai yang tidak sabar menanti saat YB Saddiq dan Bella sah sebagai suami isteri. Tentu lagi ‘bersemut’ dan membuatkan warganet tersengih sampai ke telinga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG teamsaddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

