Artis / Selebriti
” Susah ke soalan ? Meh nak tengok, jangan-jangan soalan 1 tambah 1.. ” – Shuib Sepahtu
Video Thalita menunjukkan markah ujian Matematik kepada daddynya, Shuib Sepahtu raih pujian ramai. Wah, gempak lah result Thalita, patut lah Shuib bangga sangat..
Meninjau di akaun Instagram milik pelawak Shuib Sepahtu, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Shuib berkongsi khabar gembira mengenai anak perempuannya, Thalita. Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai yang turut tumpang gembira menontonnya.
Menerusi video berkenaan, Thalita dilihat begitu teruja untuk berkongsi keputusan ujian peperiksaan subjek Matematik yang diperolehnya pada hari tersebut. Dengan wajah ceria, Thalita seolah-olah tidak sabar untuk menunjukkan hasil usahanya kepada bapanya.
Pada awalnya, Thalita meminta Shuib untuk meneka terlebih dahulu markah yang berjaya diraihnya. Situasi itu mencetuskan suasana penuh debaran dan sedikit gelak tawa, apabila Shuib cuba membuat tekaan sambil melayan kerenah anaknya itu.

Tidak lama kemudian, Thalita membuka lipatan kertas ujiannya dan memperlihatkan markah yang diperoleh iaitu sebanyak 92%. Keputusan tersebut jelas membanggakan, apatah lagi bagi seorang anak yang masih di bangku sekolah. Sehingga kini, video yang dikongsikan Shuib itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dedy ko pun.. Jangan soalan dia 1 + 1 tak.. Berdekah aku, hahaha.. Btw tahniah Thalita.. Tinggi markah dapat tu.. “
” Aku tak focus dekat markah math tu, aku focus dekat muka dia yg cantik tanpa makeup tu. Dah lah cantik, bijak pulak tu.. “
” Alhamdulillah. Tahniah Thalita memang anak yg bijak. moga kejayaan demi kejayaan terus bersama Thalita. Aamiin.. “
” Syabas Talita… Wahhh nyanyi pandai… Belajar pun cemerlang.. Alhamdulillah.. Moga terus menjadi anak yang bijak.. “
” Kekalkn Thalita.. Semoga spm straight A dan berjaya dlm apa jugak bidang thalita.. Tahniah Thalita.. Bangga tengok.. “
” Maths sekolah menengah susah tau.. Aunty tau sbb anak aunty pun sekolah menengah.. Good job tata.. “
” Pandai sekolah… Nyanyi pun pandai… Cantik pun yea mcm mama dia.. Cukup pakej thalita.. Keep it up talita.. Jauh lg perjalanan.. Smg bjaya dunia akhirat.. “
Melihat pencapaian itu, kedengaran Shuib bersorak kegembiraan dan bangga dengan usaha Thalita. Reaksi spontan itu turut menyentuh hati warganet dan dalam masa yang sama, mereka juga memuji kecemerlangan Thalita serta mendoakan agar dia terus berjaya dalam pelajaran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti1 day ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

