Connect with us

Artis / Selebriti

” Comelnya Nora Danish dari dulu sampai sekarang.. ” – Netizen

Muatnaik Video Iklan Komersial Pertama Nora Danish Pada 15 Tahun Yang Lalu, Wajah Dan Penampilan Nora Raih Perhatian Ramai. Wah, Memang Tak Dimamah Usia, Awet Muda Sangat. Sama Sahaja Macam Zaman Remaja Dulu !!

Pelakon Nora Danish sememang sudah banyak membintangi iklan komersial di kaca televisyen. Mempunyai rupa paras yang cantik membuatkan Nora banyak menerima tawaran untuk menjadi model atau pun sebagai duta produk.

Meninjau ke akaun Instagram Nora, Nora ada memuatnaik satu video iklan pertama Nora iaitu iklan produk kecantikan wajah Clearasil. Iklan tersebut merupakan iklan pada tahun 2005 iaitu pada 15 tahun yang lalu. Wah, dah lama tu.

Iklan ini telah dikongsikan oleh rakan artis, Nadia Annuar yang turut berlakon dalam iklan tersebut. Ini merupakan pertemuan pertama Nadia dan Nora sehingga kini menjadi seorang sahabat. Selama ini baru perasan bahawa Nadia pun turut membintangi iklan ini.

Video ini telah meraih perhatian ramai netizen kerana ia telah mengimbau kepada zaman 2005. Apa yang menarik perhatian ialah wajah Nora tidak banyak berubah sejak 15 tahun yang lalu. Nampak kekal muda remaja sehingga sekarang.

Jom tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/CHukW5KAtpT/

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen. Ada yang menyatakan wajah Nora ketika remaja seiras sangat dengan pelakon Ruhainies. Antara komen-komen yang diberikan :

Hahhaha i found it on youtube and been keeping it for a very long time for a day like this. Omg this is too cute. Umur berapa time ni ND ? “

” Sama je comey dari dulu apa ni.. mcm ruhainis pun ada. Dari dulu cantik tau, Penah tgok ni dulu, masih ingat lagi iklan ni.. “

” Comelnya Nora Danish dari dulu sampai sekarang.. OMG… best skin care nie… pakai nie laa kulit jdi elok dedulu..now tak jmpe dah… “

” Comelnya, Suka nora. Dr zaman puteri lg. Haha.. Zaman Muda remaja, senyuman tak berubah. ulang-ulang tengok iklan ni tak boring.. “

” Bestnye klo dpt tgk iklan hotlink dulu.. dari dulu lagi dah comel. Kak nora dari dulu sampai sekarang still pretty. awet muda sangat.. “

” Ya Allah muka dulu ngn sekarang sama je tak pernah berubah awet muda betul. comel nyaaa. pling best cuti cuti cinta.. “

” Masih sama lg, Comelll sgt laaaaaa. Muka tak berubah pun. Iklan hotlink dengan follow me tu akak jugak kan ? ‘ku merindui mu, ting tong…’.. “

Sememangnya wajah Nora tidak banyak berubah dari zaman remaja sehinggalah kini sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata. Tetap maintain awet muda seperti dahulu. Semoga Nora Danish terus berjaya dalam karier seni dan ceria-ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish, Nadia Annuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT