” Comelnya Aaisyah, macam Munni dalam cerita Bajrangi Bhaijaan.. ” – Netizen

Rozita Che Wan Kongsi Gambar Terbaru Sambutan Hari Lahir Bersama Anak-Anak Dan Juga Teman Rapat. Penampilan Aaisyah Dhia Rana Berjubah Dan Berselendang Raih Perhatian Peminat. Seiras Macam Munni Dalam Bajrangi Bhaijaan, Comel Ecah !!

Semalam genap umur 48 tahun pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta. Walaupun umur hampir memasuki 50 tahun, namun Che Ta tetap nampak sentiasa cantik, anggun dan jelita seperti tidak dimamah usia.

Jika semalam Che Ta memuatnaik beberapa gambar bersama anak-anaknya, Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana meraikan hari lahirnya dengan pakaian bertemakan warna gold. Namun kali ini Che Ta berkongsi gambar bersama tiga orang anaknya dengan pakaian bertemakan warna baby blue pula.

Semuanya nampak begitu manis sekali berjubah, baik perempuan mahupun lelaki lebih-lebih lagi si cilik Aaisyah Dhia Rana yang kelihatan sangat comel. Mengenakan jubah moden berwarna baby blue tanpa corak dan juga berselendang biru, menampakkan lagi seri di wajah si comel ini.

Che Ta pun apa kurangnya, tak pernah tak melet0p dan cantik walaupun memakai baju yang simple. Tetap nampak manis dan anggun di mata-mata peminat-peminatnya. Turut kelihatan Ustaz Syamsul Debat dan juga beberapa teman rapat Che Ta hadir memeriahkan majlis tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya.. )

Perkongsian Che Ta ini meraih banyak komen dan juga tanda suka di setiap posting gambar-gambar yang dikongsikan. Ramai yang memuji Aaisyah yang kelihatan sangat comel seperti pelakon cilik yang membawa watak Munni dalam filem B0llywood, Bajrangi Bhaijaan. Antara komen-komen peminat :

” MasyaAllah cantiq nya.. comel nya aaisyah.. Aaisyah buat muka lagu tu pun lawoo naaa.. lawa dua-dua.. Subhanallah… Cantik, segak semuanya.. “

” MasyaAllah.. the pair of you are so beautiful n soothing for my old eyes.. Semoga Allah swt merahmati dan memberkati awak sekeluarga.. “

” Comel aisyah mcm tuuu.. Cantik anak beranak ni.. Amboi segaq nya anak dara ni.. bertdung litup.. beautiful family, sayang Che Ta.. “

” Hai aaisyah , hai che ta.. Comel je aisyah.. Ecah ni dh mcm muka bdk dlm bajrangi bhaijaan. Si munni tu.. “

” Aishah ni pakai apa pun tetap cun cantik.. sebab dia memang cantik ori keluar dari perut dah cantik.. Moga dimakbulkan doa2 mu.. “

” Cantiknya che ta dan aisyah sedondon.. Aisyah muka mcm munni dlm cerita bajrangi bhaijaan.. Alhamdulillah.. Happy Belated Birthday Che Ta.. “

” Aisyah pakai tudung lagutu pun lawa.. Klu aunty pakai lagutu tak tau Rupa apa la jadi.. Àlhamdulillah.. semoga kekal bahagia selamanya buat keluarga che Ta.. “

Sekali lagi kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Che Ta. Semoga diberi kebahagiaan dan juga kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat. Semoga semua impian Che Ta dimakbulkan oleh Allah.

Silakan SHARE…

Sumber : IG rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..