Artis / Selebriti
” Comel sungguh Bilal mintak makan, speaking London lagi.. ” – Netizen
Video anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal meminta makanan buat ramai geram. Alahai petahnya mulut Bilal bercakap, pandai sangat ajak Umi makan. Patut lah badan tu kus semangat, suka makan..
Muhammad Bilal merupakan anak sulung kepada pasangan Neelofa dan Haris Ismail. Bilal sudah pun genap usianya 2 tahun pada bulan Januari baru-baru ini. Bilal menjadi perhatian ramai warganet kerana kecomelan wajahnya dan juga kepandaiannya membaca surah dan doa.
Meninjau akaun Instagram Lofa.redland_nlf, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bilal yang meminta untuk makan daripada Neelofa. Dengan bantal busuk dan mini Kaabah diusung ke sana ke mari, Bilal menyebut perkataan ‘ eat ‘ beberapa kali.
Tidak cukup dengan ‘ eat ‘, disambung dengan ‘ nyam nyam nyam ‘ lagi. Pandai lah abang Bilal ni, siap speaking English lagi. Cara paling senang untuk bagi Umi faham Bilal sudah lapar dan hendak makan. Neelofa pula tergelak mendengar kata-kata Bilal dan mengajak Bilal untuk makan.

Patut lah badan Bilal chubby dari baby sampai sekarang, pencinta makanan. Gelagat Bilal ini menghiburkan hati warganet yang menonton video perkongsian tersebut. Sehingga kini, video Bilal ini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet.

Siapa sahaja tidak geram melihat gelagat Bilal itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel sungguh abang Bilal mintak makan haha. Pandai Bilal sebut eat eat macam sebut qalqolah pulak.. love Bilal.. ”
” Masya Allah budak bijak ni.. Eat eat.. bilal nak makan lah tu… pastu nak makan capati.. Sedap betul suara Bilal ni.. ”
” Alhamdulillah, anak soleh umi abah ni.. Bilal speaking london lagi.. Dahlah dalam tu suara abah dan ummi dia. lagi lah tak nak lepas.. ”
Bilal Bilal, bahasa Inggeris pun Bilal pandai cakap ye. Bahasa Arab pun Umi ajar, banyak bahasa yang Bilal boleh faham ni. Nanti tentu Bilal fasih berbahasa sama seperti umi dan abah. Tunggu adik Abbas besar, boleh lah borak-borak dengan adik.

Apa-apa pun, semoga Bilal sentiasa membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa, menjadi insan yang berguna kepada semua orang di sekeliling Bilal, tinggi budi pekerti dan selalu membanggakan Umi dan Abah ye.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Lofa.redland_nlf, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen

