Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel, nampak muka Isaac versi perempuan.. ” – Netizen

Video Thr0wback Zahirah Macwilson Membuat Persembahan Tarian Ketika Di England Semasa Berusia 9 Tahun Raih Perhatian Ramai. Wah Dari Kecil Memang Dah Ada Bakat Seni Rupanya. Comel Je Mata Duk Tengok Step Kawan Sebelah, Hehe !!

Meninjau ke akaun instagram Zahirah Macwilson, perkongsian video thr0wback ketika dia berusia 9 tahun telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi 1 minit ini memaparkan Zahirah membuat persembahan tarian di khalayak ramai.

Menurut Zahirah, ketika itu Zahirah berada di Sheffield, England dan persembahan tersebut bersempena karnival di sekolah rendahnya. Zahirah membuat persembahan bersama rakannya bernama Jamie-Leigh.

Dapat dilihat sesekali Zahirah memandang rakannya itu untuk mengikut step tarian rakannya. Zahirah juga mengikuti kelas menari, menyanyi dan juga lakonan ketika di zaman persekolahannya. Wah, patutlah Zahirah kini menjadi selebriti.

Menurut Zahirah lagi, ketika itu juga dia tidak menjangkakan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk menari di hadapan ramai orang. Rupa-rupanya dari kecil lagi Zahirah sudah mempunyai minat terhadap bidang seni.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai menyatakan wajah Zahirah saling tidak tumpah seperti anaknya, Isaac Raees. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cutenya mommy isaac.. siapa yang record ni.. tahun berapa ni.. comelnya awak.. memang cantik dari kecik ye.. comel nnpk muka isaac versi girl.. “

” Woww atomic kitten… lama dah tak dgr nama that band.. Although you didn’t make it as a popstar, y0u made it as one of the h0ttest actresses in Malaysia.. “

” Why were you looking at her everytime.. Dah tau muka Isaac ikut sape dah.. i can see isaac here .. comel.. “

” Awak ni lahir lahir memang cantik kan… jelas betul video masa kecikk.. msti camera mahal.. Bestla zahirah byk vid n pic masa kecik hehe.. “

” Cute sangat.. sebijik muka anak.. Yes.. you look so confident dancing on the stage.. Is that isaac girl version ? “

” More video please Hihi suka tengok .. you’re born to be the star ira.. isaac ke tu.. haha.. always so cantik adore sgt kat zahirah natural beauty.. “

” Muka cantik sejak kecik.. Bootcut jeans, thats is a d4mn cute, extra choreography and lit song.. This is why we should record everything .. “

Seronok apabila dapat menonton semula memori semasa kecil dan kenangan – kenangan lalu. Ramai peminat menantikan perkongsian memori Zahirah ketika kecil lagi di Instagram. Semoga Zahirah Macwilson terus berjaya dalam dunia hiburan tanah air.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT