Artis / Selebriti
” Comel betul tengok gaya Tok Ram melayan Zara, terserlah sifat penyayangnya.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Datuk Ramli MS Sedang Melayan Anaknya, Nur Izzara Raih Perhatian Ramai. Wah Nampak Je Garang, Tapi Bapa Penyayang Tok Ram Ni. Siap Agah Izzara Dengan Teddy Bear. Sisi Lain Yang Jarang Orang Tengok Pada Tok Ram !!
Tidak mudah bagi seorang ibu untuk berpisah dengan anaknya yang masih kecil. Begitu lah yang dialami oleh penyanyi terkenal, Datin Alyah sekarang yang terpaksa berjauhan dengan anak kecilnya, Nur Izzara kerana Datin Alyah sedang berada di Tanah Suci melakukan ibadah haji.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah suaminya, Datuk Ramli MS sedang bermain-main dengan anak mereka, Nur Izzara. Tulis Datin Alyah di ruangan kapsyen mengatakan dia begitu merindui Izzara dan meletakkan emoji menangis.
Perkongsian video ini sekali lagi menarik perhatian warganet. Ada yang memahami perasan Datin Alyah sekarang yang merindui anaknya. Tak kurang juga yang tertarik melihat gelagat Datuk Ramli atau mesra dengan panggilan Tok Ram melayan Izzara dengan penuh kasih sayang.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Datin Alyah telah menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai sweet sangat tengok dua beranak ini bonding time. Sisi lain Tok Ram yang orang jarang tengok di sebalik mukanya yang serius.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Datin Alyah ini dan ramai yang mendoakan yang baik-baik buat keluarga Datin Alyah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel betul tengok gaya Tok Ram melayan Zara, terserlah sifat penyayangnya.. Semoga dengan kehadiran Zara ini, bertambah bahagia rumah tangga Tok Ram dan Datin Alyah.. “
” Lebatnya rambut, hitam pekat rambut Zara.. Semoga Zara menjadi anak yang baik.. Faham sangat perasaan Datin, rindu anak memang terasa sakit.. “
” Baby comel, awak tahu tak mak ayah awak orang hebat tau… Tahniah Datin atas kehadiran cahaya mata.. Semoga Datin sekeluarga sentiasa bahagia… Ameen.. “
” Alahaiii comelnya tengok Zara, dah pandai tengok, main dengan ayah yer anak.. Sekali tengok Zara dah aada iras muka Datin Alyah lah, muka mommy betul.. “
” Alolooo pandainya dia bermain.. Semoga jd anak solehah kpd mommy dan ayah.. Saya doakan rumah tangga Alyah dan Tok Ram kekal hingga ke akhir hayat.. “
” Masyallah baby ni mmg murah rezeki.. Rambut dia lebat sgt tengok.. Mata bulat, comel lah anak Alyah ni.. Zara tunggu mommy balik yer sayang.. Faham sangat perasaan ibu bila rindu anak ni.. “
” Rezeki terindah Datin Alyah dan suami.. Alhamdulillah pengikat kasih suami isteri.. Semoga cahaya mata Datin terus diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah.. “
Ibu mana yang tidak merindui anaknya setelah meninggalkan anaknya dalam tempoh masa yang tertentu. Kehadiran Izzara pastinya membuat kehidupan Datin Alyah dan Tok Ram bertambah bahagia. Semoga Izzara membesar menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

