Artis / Selebriti
” Cik Lan malu-malu yer sambil cerita. Dato’ Seri Vida tak cover dah gelaknya, haha.. ” – Komen Netizen
Video Cik Lan berkongsi cerita Cik B telah merestui hubungannya bersama Dato’ Seri Vida buat ramai terhibur. Tak sangka Cik B cakap macam tu je, Cik Lan ingat Cik B dah approve. Berdekah Dato’ Vida gelak, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dan juga Roslan Shah menjadi tetamu jemputan untuk segmen 3 Pagi Era pada hari ini. Kedatangan DS Vida dan Roslan atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Lan disambut begitu meriah seperti pengantin baru.
Antara video yang menjadi perhatian adalah Geng 3 Pagi Era ada bertanya kepada Cik Lan mengenai adakah anak-anak DS Vida, Cik B dan Kacak merestui hubungannya bersama DS Vida. Cik Lan berkata, anak-anak DS Vida mengenalinya dan sebelum ini juga mereka mengetahui ibu mereka turut serta bersama Cik Lan dalam rancangan Paranormal.
Bukan itu sahaja, kata Cik Lan selepas menyertai Paranormal itu, DS Vida ada menelefon Cik B dan Cik Lan sempat bercakap dengan Cik B menerusi video call. Kata Cik Lan lagi, suara Cik B sangat lembut memanggilnya ‘Hai Cik Lan ‘ dan Cik Lan dapat merasa Cik B selesa dengan dirinya.

Malah, Cik Lan sudah beranggapan Cik B sudah merestui hubungannya bersama DS Vida. Perkongsian cerita oleh Cik Lan itu turut mengundang tawa DS Vida sendiri, Pak Azad dan Radin. Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cik Lan malu-malu yer sambil cerita. Dato’ Seri Vida tak cover dah gelaknya, haha.. Kami semua pun approve Cik Lan dan Dato’ Seri Vida.. “
” Suka ni kdg org klako bole trhibur hati pun best.. Harap dorang berdua ni ada jodoh lah, nampak macam sepadan sangat.. “
” Hahahaha. Seriously la. Aku sokong. Tapi hopefully nanti jngn ada yg heartbroken. Walaupun main² he looks ready.. “
” Ha..ha dah 2 kli dh tgk era post semua kita tergelak tgk dsv dgn cik lan.. Menceriakn hidup saya hari ini.. Best sangat tengok.. “
” Pengantin lelaki pakai specs gelap macam pengantin tahun 70an, ewahhhh.. Nampak Datuk Vida berseri2 lah wajah dia.. “
” Weh nampak cantik sangat Dato’ Vida datang konti Era.. Simple makeup macam ni auto nampak muda lah.. Selalu nampak mcm garang tua, kali ni nmpk muda.. “
” Aduii lawak la.. Dalam konti ni semua sama kelakar… Sama2 naik kelako.. DSV punya gelak tak bole blah. I cannot la.. “
Alahai sweet sungguh cara Cik Lan bercerita tentang Cik B. Sampai berdekah DS Vida gelak dibuatnya. Selain itu, ramai yang bersetuju jika Cik Lan dan DS Vida disatukan. Ada yang mengatakan mereka adalah pasangan yang serasi dan sepadan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

