Artis / Selebriti
” Cara Watie tunggu Dekta buka langsir sama-sama nampak betul ikhlas dengan anak-anak.. ” – Netizen

Video Percutian Shuib Sepahtu Sekeluarga Di Semporna, Sabah Raih Perhatian Ramai. Ramai Puji Cara Watie Hanifiah Melayan Anak-Anak Tirinya. Nampak Ceria Di Wajah Anak-Anak !!
Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, posting terbaru Watie telah meraih perhatian ramai. Watie memuatnaik sebuah video percutian keluarga mereka di Semporna, Sabah. Wah, nampak seronok sekali percutian keluarga ini.
Di awal video memaparkan perjalanan mereka ke Pulau Mabul dengan menaiki bot dan penginapan mereka yang sangat besar dan luas. Tambah menarik sekali ialah permandangan laut yang indah dengan air laut yang jernih serta kebiruan.
Anak-anak Shuib iaitu Uwais, Talita dan Matin nampak begitu gembira sekali dan percutian kali ini terasa begitu lengkap dengan kehadiran Watie dalam hidup mereka. Watie juga melayan dengan sangat baik segala kerenah dan telatah anak-anak tirinya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh mereka sekeluarga termasuk juga aktiviti snorkelling. Wah, nampak seronok sangat percutian mereka.
Jom tonton video di bawah :
Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen dan ramai yang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Shuib tk salah pilih watie dpt bhgiakn anak2 dia.. Nampak anak2 bahagia dgn mummy dia. Alhamdulillah.. happy holiday watie & family.. ikhlasnya dia dalam menerima keluarga baru .. “
” Buka kasut mummy mummy tak sabar dah perempuan ² mmg gitu, happy holiday.. Best..sgt cantik tempat tu..pernah pergi sekali.. “
” Cara watie tunggu dekta buka langsir sesama nampak laa yg watie betul ikhlas dgn anak² shuibsepahtu nie, tk da gila glamerrr jaa… alhamduliah happy for them.. “
” Ciri2 perempuan matang.. boleh layan kerenah anak2 tiri.. Selamat datang ke Semporna Sabah.. mmg best sini, makanan dia superbbb .. happy holiday semua.. “
” Tenangnya tengok laut.. dekta be like bukak kasut mumy.. Awesome Have fun enjoy n stay safe iamwatie n family. Beautiful ocean beautiful view. . “
” Selamat bercuti mummy dan keluarga. Kami baru balik 2 minggu lepas dari semporna. Sana best cuma nti terasa masa berubah auto pukul 5 pagi bangun.. “
” Suka watie. Sesuai dgn Shuib dan anak2. Watie pun tak nampak try hard sangat for being a mother to them. She just being herself and the kids love her.. “
Ketiga-tiga anak Shuib nampak sangat rapat dengan Watie. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah dan juga anak-anak. Nikmatilah percutian kali ini dengan mencipta pelbagai kenangan yang bermakna.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen