Artis / Selebriti
” Cara percakapan setiap ayat macam orang terpelajar. Jawapan tepat, bijak dan beradab.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie menjawab mengenai isu homeschooling raih pujian ramai. Hebat didikan arwah Suhaimi pada anak-anak. Tak belajar di sekolah pun tetap boleh menjadi orang yang bijak. Syabas Hadie, tentu arwah ayah bangga dengan Hadie..Β
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Mstar Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual oleh wartawan bersama anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad bernama Ehmad Hadie Elfardie. Hadie ditemui ketika majlis perkahwinan ini pada 8 November baru-baru ini.
Ramai yang ingin mengetahui pandangan Hadie tentang dirinya dan adik-adik yang hanya homeschooling ketika hayat Suhaimi. Walaupun hanya belajar di rumah dan Suhaimi sepenuhnya mengajar mereka, Suhaimi pandai menyusun jadual dan memastikan anak-anaknya ini tidak tercicir dalam pelajaran.
Ketika ditanyakan bagaimana cara arwah ayah mengajar, Hadie dengan bangga menjawab setiap hari mereka akan ada pembelajaran bersama ayah. Setiap hari juga, subjek yang diajar berlainan sama seperti pengajaran di sekolah. Bezanya mereka cuma belajar di rumah dan ada lebih masa untuk membuat aktiviti lain.
Cara Hadie menjawab setiap soalan daripada wartawan juga mendapat perhatian. Gayanya tidak ubah seperti gaya arwah Suhaimi menjawab. Kata Hadie, dirinya sudah terbiasa dengan kecaman dan dia bersyukur dengan didikan arwah ayahnya itu, banyak kemahiran yang dapat dia kuasai.
Jom tonton di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mstarmalaysia Anak sulung dedah cara arwah Suhaimi Saad mengajar di rumah… βNetizen kecam tu pergi sekolahkan?β #sembangentertainment #beritaditiktok #fyp #viral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Blh dpt tp6 ni.. cara jawab matang, mantap dgn isiΒ² positif, rilek, xkalut. Bijak anak ni… lepas ni jdi lgi bijak… dan dah di didik penuh beradab oleh arwah.. “
” Matang Hadi ni, semoga ank2 arwah Suhaimi dan Ina Naim ni berjaya ,bahagia dunia akhirat.. Aamiin ya Rabbal A’lamin.. “
” Boleh nampak kematangan dan keyakinan diri Hadi ni. Ayahnya sudah beri asas yg kuat kpdnya sbg anak sulung. Insha-Allah ayah baru akan beri pengukuhan lagi.. “
” Arwah ajar anak 1 subjek sehari x terbeban anak tu lg dorg ada masa nk hafaz quran dan bermain.. jawapan tepat, bijak dan beradab.. “
” Cara percakapan setiap ayat macam orang terpelajar… bagus dik. amal jariah arwah suhaimi, sbb dia sndiri yg gurunya.. “
” Cerdik, matang, berani, yakin diri. Bijak Hadie menjawab. Alhamdulillah hasil didikan arwah SS yang baik. Tinggi budi bahasa dan nampak cerdik setiap jawapan yang diberi. wartawan yang nampak gugup dibuatnya.. “
” Macam ayah dia bercakap, pandai dan ada isi bukan cakap kosong. syukur … walau tak bersekolah tapi cara pendiriannya sangat baik.. “
Jawapan yang bijak dan tidak kosong daripada anak sulung Suhaimi ini mencerminkan ajaran arwah Suhaimi walaupun homeschooling tetapi tetap terbaik. Setiap kata yang Hadie lontarkan, semuanya ada isi yang positif. Bertuahnya Suhaimi ada anak yang bijak dan soleh seperti Hadie.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mstar Online, Youtube Channel Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam dia cakap mummy, mummy pulanglah balik. Macam biasa.. ” – Mas Idayu
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti, tapi suara Danial ni lemak, merdu, husky, semua cukup.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You look mega, sound pun mega.. ” – Dato’ Ramli MS
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala satu juta, takkan aku tak boleh bayar.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Suara bell macam iklan radio dah, siap mimik muka main peranan.. ” – Komen Netizen