Artis / Selebriti
” Senyum sengih yang tengok dorang ni pun. Comel habis perangai pengantin baru ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video live pertama Ina Naim bersama suaminya, Khairul Rizal raih perhatian ramai. Alahai, malu-malu Khairul bila Ina ajak masuk live. Part netizen suruh Ina dan Khairul buat cantum tangan bentuk love tu sweet. Terus malu-malu Ina jadinya, hehe..
Pada hari Jumaat yang lalu, dengan sekali lafaz, balu kepada penyanyi arwah Suhaimi Saad, Ina Naim telah sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik ninaina678, aida_siamil, syaz_aa, telah dikongsikan video-video yang memaparkan Ina dan suaminya membuat live bersama. Pada awalnya, kelihatan Ina memanggil Khairul untuk join live itu dan Khairul seperti malu-malu untuk memulakan bicara.
Menerusi video lain pula, Khairul dan Ina berkongsi cerita mengenai penerimaan anak-anak selepas mereka berkahwin. Manakala video terakhir memaparkan telatah Ina dan Khairul malu-malu apabila warganet menyuruh membuat mereka membuat betuk ‘love’ bersama-sama.
Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan tumpang bahagia melihat kebahagiaan Ina bersama suami barunya. Sehingga kini, video live Ina bersama Khairul menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ninaina678
@ninaina678
@aida_siamil Membalas kepada @fauziahhashim36 Alhamdulillah, Semoga Bahagia hingga ke syurga. Syukur anak – anak Ina Naim pun faham 😄 #inanaim #inanaimkahwin #fyp #fypage
@syaz_aa comel jer ha..yang single harap korang bersabar yer…#inasuhaimi #fpyシ #happy2024 #fyppppppppppppppppppppppp #selamatpengantinbaru
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan turut memberikan kata ucapan selamat pengantin baru kepada Ina serta Khairul. Antara komen-komen warganet adalah :
” Alah sweet tengok Ina malu-malu nak kena buat love dengan khairul. Aku pula tersenyum sorang-sorang, hehe.. Semoga korang bahagia hingga ke syurga.. “
” Hehehee kenapa comel sangat pengantin baru ni.. Happy nengok Ina, akak doakan Ina dan suami bahagia sehingga keakhir hayat Aamiin.. “
” Terubat rindu tgk K.Ina live dgn arwah SS dlu.. Ada iras² jgk suami bru ni mcm SS.. Jga K.Ina baik² bang.. Suka tgk K.Ina ni… Manis je.. “
” Ramai g1le org masuk smlam, berpuluh ribu. Rezeki dia.. Alhamdulillah.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat yer.. “
” Ok ambil lah bumi ni, sy dah tak tahu nak duduk mana, hahaha.. Ya Allah suka betul tengok Ina dan suami.. Terasa bahagianya.. “
” Seronoknya tengok Ina bahagia.. Aturan Allah tu hebat.. Tahniah Ina.. Selamat pengantin baru.. Semoga rumah tangga yang baru dibina ini akan kekal hingga ke syurga.. “
” Alhamdulillah tumpang bahagia dgn kebahagiaan kalian.. Senyum sengih yang tengok dorang ni pun. Comel habis perangai pengantin baru ni, haha.. “
Tersenyum tengok telatah pasangan pengantin baru ini yang saling menyakat antara satu sama lain. Apa-apa pun, selamat pengantin baru Ina dan Khairul. Didoakan semoga ikatan perkahwinan yang baru dibina oleh pasangan ini akan terus kekal bahagia hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ninaina678, aida_siamil, syaz_aa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen