Artis / Selebriti
” Cantiknya rumah Zahirah dan Aiman ni. Cantik sangat.. ” – Inaijari
Perkongsian Video Rumah Baru Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Ridza Dari Pandangan Luar Dan Dalam Rumah. Wah Luas Betul Lamannya Tu. Part Deko Ala-Ala Suasana Gunung Tu Memang Superb Sangat. Lain Daripada Yang Lain !!
Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah video yang diulangsiar dari Instastory milik pelakon Aiman Hakim Ridza. Video ini memaparkan keadaan rumah baru Aiman dan Zahirah yang kini sudah 90 peratus siap.
Melihat daripada video yang dikongsikan ini, kelihatan rumah baru Aiman dan Zahirah ini cukup besar dan luas. Sebelum ini, pasangan ini ada berkongsikan satu video yang menunjukkan proses menyiapkan taman di luar rumah mereka oleh The Hutans.
Kali ini Aiman kongsikan paparan sebenar rumah mereka ini dari bahagian hadapan. Cantik rumah Aiman, keluasan rumah dan laman hadapan juga nampak besar. Rumput hijau yang telah ditanam di laman rumah ini turut menyerikan lagi pemandangan.

Masuk ke dalam rumah pula, lagi bertambah teruja melihatnya. Ada 1 sudut yang wallpapernya seperti batu-batuan di kawasan pergunungan. Wah lain macam pemilihan Aiman dan Zahirah ini, feeling macam betul-betul ada di situ melihat batu-batuan. Memang sangat ekslusif.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Ini baru sedikit sahaja dalaman rumah yang ditunjukkan. Berbaki 10% sahaja lagi dan selepas itu bolehlah Aiman, Zahirah dan Isaac mendiami kediaman baru mereka ini. Bila sudah masuk segala perabot dan hiasan, tentu lagi wow rumah pasangan ini.

Nanti boleh lah Aiman ‘belanja’ full house tour apabila sudah siap sepenuhnya. Tentu ramai yang hendak melihat keindahan rumah mereka. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar untuk Aiman dan Zahirah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG Aiman Hakim Ridza, IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen



