Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya bilik tidur dia, wow sangat macam hotel 5 bintang.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Cikgu Azlan Asyik Melayan Puteri Sara Sefhia Bermain, Ruang Bilik Tidur Elly Mazlein Jadi Perhatian. Wow Dah Macam Hotel, Kerlass Kepom. Cara Layanan Cikgu Azlan Pada Sefhia Juga Buat Peminat Tersentuh !!

Sejak lakonan Elly Mazlein dalam Kampung People meletop dan disukai ramai, semakin banyak tawaran diterima Elly sehinggakan jadual kerjanya penuh sehingga tahun 2021. Elly yang sering menjadi pengacara jemputan program Melet0p pasti menceriakan set itu dengan kerenahnya yang mencuit hati.

Elly aktif di laman sosial Instagram dan banyak membuat produk review di media sosial itu. Namun sekali sekala ada juga dikongsikan Elly perihal suaminya, Cikgu Azlan dan puteri kesayangan, Puteri Sara Sefhia. Wajah Sefhia hanya pernah dipertontonkan kepada umum ketika majlis pernikahan Elly Januari yang lalu.

Setiap kali perkongsian tentang Sefhia bersama Cikgu Azlan dimuatnaik, perbagai respon diterima daripada peminat. Cikgu Azlan yang melayani Sefhia dan memanjakan si kecil ini membuatkan kehidupan Elly sekeluarga kini nampak semakin bahagia.

Meninjau akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan sekeping gambar yang menunjukkan Cikgu Azlan sedang bermain bersama Sefhia. Wah Cikgu Azlan siap jadi ‘kuda-kuda’ lagi tau. Gambar yang diambil dari dalam kamar tidur itu menampakkan sebahagian ruang bilik dan ini menjadi perhatian peminat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Nampak kemas betul bilik tidur dalam gambar itu. Baik dari segi perhiasan lampu dan juga kekemasan setiap susun atur barang. Peminat turut memuji cara layanan Cikgu Azlan terhadap Sefhia dan antara komen-komen peminat :

” Cantiknya bilik, kemasnya katil diaaa… macam katil bilik hotel.. Pakai cadar apa kak elly, kemas sangat.. “

” Cantiknye rumah kak lina pompom. tegangnyaaa cadarrrrrrrr, teruss teringat time kat asrama dulu-dulu.. “

” Cantiknyaaa bilik tido dia, kemas betul. comelll jer anak kak lina siap buat peace lagi. Happy family, alhamdullilah bagus dpt family gini… Papa melayan anak dgn baik.. “

” Baik sungguh papanya… untung sephia dgn kasih syg papanya. Rajin melayan semua kehendak si kecil.. “

” Kemasnya bedroom dia, ala hotel terus. Pandai Kak Lina susun atur nampak semua teratur je. Papa terbaik yg pernah saya jumpa.. papa berjiwa penyayang.. beruntung isteri dan anak syurga.. “

” Bagus papanya suka melayan… untung dpt papa penyayang. Sefhia pun amboi siap peace lagi, gembira dengan papa.. “

” Toilet aritu pun dah cantik, ni bedroom lagi wow sangat. Macam hotel 5 stars, kemas betul.. Haa dah tau dah umah minat selamat kat mana. ari tu btol la nampak kt dpulze.. “

Memang cantik sungguh setiap pemilihan Elly dalam rumahnya ini. Lihat sahaja perkongsian sebelum ini, ruang tamu dan ruang kerjanya juga sangat ekslusif dan ada citarasa tersendiri. Apa pun, semoga Elly sekeluarga sentiasa gembira bersama dan dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah selalu. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT